Harian Metro

Tokan masuk perangkap

- Fardy Bungga cnews@nstp.com.my

Tujuh penagih lelaki termasuk seorang remaja berusia 13 tahun ditahan dalam operasi Op Sarang yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kelmarin.

Dalam operasi selama tujuh jam yang bermula jam 2 pagi itu, seorang lelaki yang dipercayai ‘tokan’ dadah turut ditahan bersama bekalan syabu yang dipercayai cuba dijual kepada penagih.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi dijalankan dengan 24 anggota dan pegawai itu dilakukan di sekitar kawasan Kampung Air dan Sinsuran, pusat bandaraya ini.

Katanya, sepanjang operasi itu, polis melakukan pemeriksaa­n terhadap 27 individu termasuk seorang wanita di lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang penagihan dadah.

“Hasil pemeriksaa­n, polis berjaya menahan lapan orang berusia 13 hingga 41 tahun atas kesalahan mengedar dan menagih dadah.

“Polis turut berjaya merampas 16 peket plastik lut sinar berisi hablur jernih disyaki syabu seberat 6.4 gram yang dianggarka­n bernilai RM1,000 berdasarka­n harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarka­n semalam.

Menurutnya, semua tahanan dibawa balik ke IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen

 Tujuh penagih termasuk seorang remaja dicekup dalam Op Sarang

15(1)(A) akta yang sama.

Sementara itu, Habibi berkata, operasi berkenaan dilancarka­n berdasarka­n maklumat awam dan risikan berhubung kewujudan kegiatan penyalahgu­naan serta pengedaran dadah di daerah ini.

Katanya, operasi ini juga dijalakan bagi mengenalpa­sti mengenalpa­sti ahli sindiket pengedaran yang terbabit selain usaha berterusan bagi membendung gejala itu daripada berleluasa.

“Usaha membantera­s aktiviti tidak bermoral ini akan terus diperhebat­kan dan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan dadah juga disarankan supaya disalurkan kepada polis untuk tindakan yang lebih berkesan,” katanya.

 ??  ?? ANTARA penagih yang ditahan dalam serbuan.
ANTARA penagih yang ditahan dalam serbuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia