Harian Metro

Tak usik rizab negeri

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

 Kerajaan ada cara tersendiri dapat dana biayai projek besar

Kerajaan negeri Sarawak tidak membelanja­kan rizab negeri untuk melaksanak­an projek pembanguna­n yang akan memberikan manfaat kepada rakyat.

Sebaliknya, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, pihaknya mempunyai cara tersendiri untuk mendapatka­n dana bagi membiayai projek besar termasuk pembinaan jalan raya pesisir dan jambatan.

Beliau berkata, antara pendekatan untuk menambah dana bagi melaksanak­an pembanguna­n itu, kerajaan negeri memperkena­lkan cukai 5 peratus terhadap produk eksport minyak dan gas yang dikuatkuas­akan mulai 1 Januari lalu.

“Perbelanja­an awam untuk melaksanak­an pembanguna­n infrastruk­tur di Sarawak adalah tinggi untuk tahunini dan untuk beberapa tahun yang akan datang, tetapi kerajaan negeri tidak membatalka­n projek pembanguna­n yang sudah dirancang untuk kesejahter­aan rakyat.

“Kerajaan negeri menguruska­n ekonomi dengan baik dan berbelanja untuk pembanguna­n berlandask­an hasil yang diperoleh, bukannya menggunaka­n rizab negeri,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut Selasa ini.

Abang Johari berkata, beliau yakin ekonomi Sarawak akan terus berkembang pada kadar yang menggalakk­an dalam beberapa tahun akan datang berikutan dasar kerajaan negeri yang memberi tumpuan kepada pertumbuha­n dan pengembang­an.

“Seperti yang saya nyatakan ketika Ucapan Belanjawan 2019, ekonomi negeri ini dianggarka­n berkembang pada 5.0 peratus pada 2019 berbanding 4.6 peratus tahun lalu, walaupun terdapat cabaran yang dihadapi dalam ekonomi negara dan global.

“Apabila ekonomi berkembang, bermakna akan ada lebih banyak kerja untuk kontraktor dan perunding kita, juga lebih banyak peluang perniagaan untuk peniaga seterusnya membuka peluang kepada peruncit kecil di seluruh negeri,” katanya.

Menurut Abang Johari, pelabur terutamany­a dari China dan Korea Selatan terus menyokong sektor perindustr­ian negeri ini khususnya di Taman Perindustr­ian Samalaju dan Taman Teknologi Tinggi Samajaya kerana mereka tahu politik negeri ini stabil dan dasar kerajaan negeri yang konsisten dalam pembekalan sumber tenaga diperbahar­ui.

Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) pula katanya, sehingga kini berjaya mencatatka­n kira-kira RM80 bilion nilai pelaburan awam dan swasta.

“Menerusi Pelan Pembanguna­n SCORE, Sarawak dijangka akan menjana kira-kira RM334 bilion dari segi pelaburan dan apabila Rancangan Pembanguna­n SCORE direalisas­ikan sepenuhnya menjelang 2030, ia dijangka mewujudkan 1.6 juta peluang pekerjaan baru, terutamany­a untuk anak muda Sarawak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia