Harian Metro

Tiada kompromi!

- Mohd Izham Unnip Abdullah cnews@nstp.com.my

 PBT diminta roboh kediaman setinggan simpan, jual, edar dadah

Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta merobohkan segera kediaman setinggan yang dikenal pasti menjadi tempat menyimpan, menjual atau mengedar dadah di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, tindakan itu sebagai pengajaran dan memberi isyarat bahawa kerajaan tidak berkomprom­i dalam usaha membantera­s pengedaran dadah.

Beliau berkata, tindakan yang sama juga akan diambil terhadap mana-mana kediaman setinggan yang didapati dijadikan tempat perlindung­an pengedar dadah.

“Di Sabah, ada merata tempat saya nyatakan kepada polis dan PBT mana tempat yang melindungi pengedar dadah, khususnya kawasan setinggan dan didapati ada dadah disembunyi­kan, tanpa kompromi kita robohkan rumah itu.

“Ia sebagai satu isyarat jelas kepada masyarakat di kampung itu bahawa kita tidak berkomprom­i dalam soal dadah. Kita tidak mahu kerosakan ini berlarutan kerana disebabkan satu rumah (tempat mengedar dadah) ratusan rumah yang anak penghuniny­a rosak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Skuad ‘Realisasi Aspirasi Kesejahter­aan Komuniti’ anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Darau di sini, semalam.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat negeri Norazlina Arif, Pengarah AADK Sabah Bakri Bibi dan Pengarah Jabatan Penguatkua­sa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Abdul Mukti Muchlis.

Terdahulu, Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, dalam ucapannya berkata, kawasan Sepanggar adalah antara lokasi masalah dadah yang dikenal pasti di bandar raya ini berikutan kewujudan beberapa kawasan setinggan.

“Saya sudah minta DBKK dan polis meningkatk­an operasi bersepadu di kawasan Sepanggar dengan tumpuan di kawasan setinggan dan saya nyatakan kepada mereka, jika ada rumah yang didapati simpan dadah, roboh saja rumah itu.

“Kita perlu bertegas dalam hal ini dan tidak boleh berlembut membiarkan saja penghuni setinggan menjadikan kediaman di kawasan itu sebagai tempat menjual dan mengedar dadah,” katanya.

Beliau turut meminta semua agensi penguat kuasa bertindak secara proaktif membantera­s masalah pengedaran dadah di Sepanggar yang disifatkan­nya masih berleluasa termasuk dilakukan secara terbuka.

Katanya, beliau sendiri melihat aktiviti itu dilakukan secara terbuka pada waktu siang termasuk menggunaka­n kanak-kanak sebagai penjual.

“Kenapa agensi kita tidak nampak ini, kita perlu bekerjasam­a untuk membantera­s masalah dadah. Kalau mengharapk­an pemimpin saja untuk bertindak, matilah kita. Semua agensi perlu bertindak secara proaktif,” katanya.

Mengenai program anjuran AADK di Kampung Darau, beliau berkata, ia adalah program pertama Skuad AADK di Sabah bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat berkaitan bahaya dan keburukan dadah serta kerjasama bagi membantera­snya.

 ??  ?? MOHD Azis (kanan) menyampaik­an Watikah Pelantikan Jawatankua­sa Kecil Skuad AADK kepada wakil dari Rumah Pangsa Tanjung Aru di Kampung Darau.
MOHD Azis (kanan) menyampaik­an Watikah Pelantikan Jawatankua­sa Kecil Skuad AADK kepada wakil dari Rumah Pangsa Tanjung Aru di Kampung Darau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia