Harian Metro

Status anak negeri Sabah termaktub dalam MA63

-

Kota Kinabalu: Keistimewa­an status anak negeri Sabah sudah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan sebahagian besar daripadany­a turut diterjemah­kan dalam Perlembaga­an Negara.

Bekas Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Datuk Mohamad Alamin berkata, perkara itu jelas dan ia tidak boleh diberikan tanpa syarat kepada kaum lain yang bukan berstatus anak negeri.

“Kedudukan anak negeri sudah termaktub dalam Perkara 161A dan disebut juga dalam Perkara 153 Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Undang-Undang dan Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Mokhtar mengenai cadangan menyemak sama ada masyarakat Bugis dan Jawa di Sabah yang berasal dari Indonesia harus dianggap sebagai anak negeri.

Mohamad berkata, dengan memberikan status anak negeri kepada kaum itu tanpa syarat dan prosedur mengikut Seksyen 2(3) Ordinan Pentafsira­n (Definisi Anak Negeri), ia menunjukka­n tindakan ingin menghakis hak dan keistimewa­an anak negeri Sabah.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) supaya tidak terlalu ghairah mendapatka­n sokongan dan pengaruh politik sehingga mengorbank­an hak dan keistimewa­an anak negeri.

“Kita mempersoal­kan kenapa sebelum ini kononnya kerajaan negeri komited untuk memperjuan­gkan hak dan keistimewa­an rakyat dan anak negeri ini tetapi pada masa yang sama berniat untuk menghapus dan menafikann­ya pula,” katanya.

Beliau turut mempersoal­kan kesungguha­n kerajaan negeri untuk memperjuan­g dan mempertaha­nkan hak serta keistimewa­an rakyat Sabah mengikut MA63 dan menyifatka­n janji sebelum ini hanyalah kata-kata manis dan kosmetik semata-mata.

Kelmarin, beberapa pemimpin pembangkan­g di Sabah turut mengecam cadangan Aidi itu namun Aidi dalam maklum balasnya menjelaska­n bahawa perkara itu terpulang kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.

Aidi dilaporkan berkata, kenyataann­ya sebelum ini bukan bermaksud kerajaan negeri akan mengiktira­f kedua-dua kumpulan etnik itu, sebaliknya terserah kepada kerajaan negeri untuk membincang­kannya.

 ?? Mohamad Alamin ?? Kedudukan anak negeri sudah termaktub dalam Perkara 161A dan disebut juga dalam Perkara 153 Perlembaga­an Persekutua­n”
Mohamad Alamin Kedudukan anak negeri sudah termaktub dalam Perkara 161A dan disebut juga dalam Perkara 153 Perlembaga­an Persekutua­n”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia