Harian Metro

ABANG SESAL TAK SUDAH

Lelaki kesal tak tahu adik bercuti maut nahas

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

“Abang minta maaf. Abang tak jaga adik dengan baik seperti diminta ibu dan ayah.”

Itu luahan Wan Mohd Syazwan Wan Nasharuddi­n, 20, abang kepada Wan Nur Syazliza, 19, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 265.5, Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampira­n Bandar Ainsdale, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.50 pagi, Wan Nur Syazliza dan seorang kanak-kanak lelaki, Nor Iman Danish Abdul Azim, 7, meninggal dunia selepas tercampak keluar dari kereta Proton Persona yang dinaiki bersama lima lagi mangsa.

Lima lagi mangsa, Nurulhuda Ramli, 36, yang juga ibu kepada Nor Iman Danish dan tiga lagi anaknya, Mohd Hakimi, 12, Mohd Amirul Danish, 9, dan Dewi Aleesya Aulia, 7 bulan, bersama seorang lagi kenalan keluarga terbabit, Puteri Rufaidah Zahlan, 17, parah.

Menurut Wan Mohd Syazwan, dia tidak tahu adiknya itu mahu bercuti ke Port Dickson bersama keluarga Nurulhuda.

Katanya, sebelum kejadian, arwah berada di rumah di Pangsapuri Permata Sari PSN Indera, Puchong, Selangor dan sempat makan malam bersama ibu saudara.

“Rakan adik saya itu mungkin datang ke rumah menjemputn­ya untuk ke Port Dickson pada waktu malam.

“Ketika itu, saya tiada di rumah manakala ibu bapa kami pula pulang ke kampung di Kelantan. Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ibu dan ayah berpesan supaya saya menjaga adik dengan baik,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), semalam.

Wan Mohd Syazwan berkata, ibu bapanya ada meninggalk­an RM50 untuk diberikan kepada arwah yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu untuk digunakan sebagai wang belanja.

“Saya tidak sempat memberikan wang terbabit kerana keluar sebentar bertemu rakan. Jika boleh diundurkan masa, saya mahu bertemu dengannya semula,” katanya.

Menurutnya, adiknya yang mesra dipanggil Diklin berhasrat untuk bekerja minggu depan namun hasratnya tidak kesampaian apabila dia lebih awal dijemput Ilahi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Negeri Sembilan Superinten­dan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Nurulhuda hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan.

Katanya, kenderaan itu berpusing beberapa kali dan melintang di tengah jalan lalu dirempuh sebuah bas ekspres yang datang dari belakang.

“Wan Nur Syazliza yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan Nor Iman Danish yang dipangku wanita itu tercampak keluar dari kereta.

“Kedua-duanya maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke HTJ untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN dua kereta yang terbabit nahas di tempat kejadian.
KEADAAN dua kereta yang terbabit nahas di tempat kejadian.
 ??  ?? KERETA yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan, semalam.
KERETA yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan, semalam.
 ?? FOTO: HAZREEN MOHAMAD ?? WAN Mohd Syazwan bersama ibu saudara menuntut jenazah mangsa di HTJ, semalam.
FOTO: HAZREEN MOHAMAD WAN Mohd Syazwan bersama ibu saudara menuntut jenazah mangsa di HTJ, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia