Harian Metro

SENGKETA DI MATAMU

Sufian tidak ambil pusing komen netizen dakwa disindir Elfira

- Georgie Joseph, Sudirman Mohd Tahir dan Syafil Syazwan Jefri am@hmetro.com.my

Latar pelamin dan penghayata­n Sufian Suhaimi ketika mendendang­kan lagu Di Matamu pada Anugerah Juara Lagu (AJL 33) malam kelmarin kembali membuka cerita lama apabila Elfira Loy menghantar ciapan bernada sindiran kepada bekas tunangnya itu. Pergeseran berkenaan kemudian

turut disertai peminat-masing-masing.

“Sufian Suhaimi, saya doakan anda menang. Semoga dengan kemenangan awak, ‘derita’ dan penceritaa­n awak akan habis,”

Elfira Loy

“Ini cara saya mengintepr­etasikan lagu Di Matamu. Ia bukan bertujuan ‘serang’ atau dikaitkan dengan mana-mana pihak. Jika ada yang terasa hati atau terguris, saya mohon maaf. Ia cuma persembaha­n,”

Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi berterima kasih atas setiap doa serta ucapan positif diterimany­a sewaktu beraksi di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) pada Ahad lalu termasuk daripada bekas tunangnya Elfira Loy yang turut memberi ucapan di Twitter.

Sufian, 26, berkata, dia tidak mahu ambil tahu jika ucapan berkenaan bertujuan menyindirn­ya baik daripada Elfira atau sesiapa termasuk netizen. Sebaliknya, dia beranggapa­n doa mereka dimakbulka­n untuknya memenangi trofi di AJL33.

“Terima kasih mendoakan saya yang baik-baik. Saya rasa niat itu baik, tiada silap pun dalam tweet itu (tweet Elfira). Ada banyak perkara dan komen yang positif saya dapat.

“Bukan saja dalam kalangan netizen tetapi juga daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya rasa perkara itu lebih menarik perhatian untuk saya fikirkan sebelum tidur malam tadi.

“Bagi saya, isu tweet atau komen menyindir ini isu remeh dan sudah lali. Dari tahun lalu pun perkara ini berlaku dan saya tak ambil pusing,” katanya.

Sufian juga terkejut prop persembaha­nnya mencetus perbualan ramai apabila dikatakan mirip dengan pelamin Elfira sewaktu melangsung­kan perkahwina­n baru-baru ini.

Menurut Sufian, ada pasukan khas yang bertanggun­gjawab memikirkan konsep dan mereka bentuk prop pementasan pada malam AJL33.

“Itulah, saya pun baru tahu hari ini (semalam). Mungkin bukan hobi saya untuk melihat pelamin artis kahwin.

“Apa yang diletakkan di atas pentas itu bukan saya putuskan. Ada banyak pihak yang bekerjasam­a dan memberi idea. Saya dapat tengok pelamin itu pun sewaktu raptai.

“Ketika itu saya tidak terfikir apa-apa sebaliknya memuji pelamin itu sangat cantik. Mungkin kebetulan pelamin itu seakan-akan sama tetapi saya tidak ada sebarang niat kerana soal pementasan bukan tanggungja­wab saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUFIAN menyanyika­n lagu Di Matamu ketika persembaha­n AJL33
kelmarin.
SUFIAN menyanyika­n lagu Di Matamu ketika persembaha­n AJL33 kelmarin.
 ??  ?? PETIKAN dari twitter Elfira buat Sufian.
PETIKAN dari twitter Elfira buat Sufian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia