Harian Metro

Derita dua kali tebuk kepala

-

Kuala Nerus: Pada usia baru menjangkau 10 tahun, seorang kanak-kanak perempuan menjalani dua pembedahan membuang cecair dalam otak akibat ketumbuhan dialaminya.

Walaupun menanggung derita, Shadia Ain Shaiful Aswadi, 10, dari Kampung Bukit Cempaka, Batu Rakit, di sini, langsung tidak menunjukka­n kesakitan, malah tersenyum dan petah bercakap serta sering meminta ibu dan bapanya mengosok parut pembedahan di kepala.

Ibunya, Normalisa Omar, 36, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu sebelum ini aktif dan tidak menunjukka­n tanda menghidap penyakit.

Bagaimanap­un, katanya, Shadia Ain yang juga murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Cempaka tiba-tiba mengalami masalah berjalan selain kaki dan tangan kiri sukar digerakkan ketika pulang ke rumah selepas bermain bersama rakannya pada cuti persekolah­an, Disember lalu.

“Dia juga kerap muntah selepas makan dan minum menyebabka­n kami merujuknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Kami terkejut apabila doktor memaklumka­n Shadia Ain perlu menjalani pembedahan selepas imbasan tomografi berkompute­r (CT Scan)mendapati ada ketumbuhan dalam kepalanya,” katanya, semalam.

Normalisa berkata, pembedahan kali pertama dilakukan awal Januari lalu bertujuan membuang cecair berlebihan dalam otaknya.

“Pembedahan kedua dilakukan pertengaha­n Januari lalu apabila doktor mendapati ada jangkitan kuman, selain memasuk- kan tiub pada otak sehingga ke jantung,” katanya.

Normalisa berkata, doktor memaklumka­n Shadia Ain dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani radioterap­i empat kali seminggu, tetapi pihak HSNZ belum menetapkan tarikhnya.

“Kos rawatan termasuk penginapan sepanjang Shadia Ain menjalani rawatan di HKL dijangka mencecah RM25,000,” katanya.

Normalisa berkata, pendapatan suaminya, Shaiful Aswadi Jusoh, 39, sebagai pemandu lori tidak mampu menanggung kos rawatan sebanyak itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri menyediaka­n tabung pesakit kronik dikendalik­an Tabung Darul Iman (TDI) bagi membantu kos rawatan Shadia Ain.

“Kami minta Normalisa dan suaminya, Shaiful Aswadi mendapatka­n borang bantuan serta mengemukak­an permohonan serta dokumen lain termasuk surat pengesahan daripada HSNZ,” katanya.

 ??  ?? NORMALISA menguruska­n Shadia Ain selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepalanya.
NORMALISA menguruska­n Shadia Ain selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepalanya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia