Harian Metro

Pantau lokasi kebakaran

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 Polis terima 114 laporan, dua dakwa ada unsur khianat

Polis menerima 114 laporan berhubung kebakaran membabitka­n 200 lot kedai di Uptown Puchong Permai di sini, sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, pihaknya masih menunggu laporan forensik dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk tindakan lanjut.

“Jika pihak bomba mengesahka­n kebakaran berkenaan mempunyai unsur khianat, maka polis akan memulakan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Setakat ini dua daripada laporan itu mendakwa ada unsur khianat menyebabka­n kebakaran kedai mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Risikin berkata, pihaknya melakukan pemantauan di lokasi kejadian bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini berlaku.

“Pemantauan masih diteruskan hingga polis menerima laporan forensik bomba dan menjalanka­n siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JPBM Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian kebakaran berkenaan.

“Semua bahan dan barang yang diambil dari lokasi kini sedang dianalisis di makmal forensik bomba.

“Kebiasaann­ya ia mengambil tempoh seminggu sebelum keputusan diperoleh,” katanya.

Semalam, sekumpulan peniaga Uptown Puchong Permai mendakwa kebakaran dipercayai mempunyai unsur khianat dan bukan disebabkan litar pintas.

Peniaga, Zamal Hassan, 44, dilaporkan berkata, tapak terbabit dipercayai sengaja dibakar individu tidak bertanggun­gjawab.

 ??  ?? RISIKIN
RISIKIN
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia