Harian Metro

Peminat ucap tahniah

-

Kuala Lumpur: Instagram milik penyanyi Sufian Suhaimi tidak putus dengan ucapan tahniah peminat yang menyukai persembaha­n hebatnya ketika menyampaik­an lagu Di Matamu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) kelmarin.

Dalam pada itu, ramai juga netizen perang mulut mengaitkan persembaha­nnya dengan majlis perkahwina­n pelakon yang juga bekas kekasihnya, Elfira Loy.

“Tahniah Pian. Abaikan saja kata-kata orang sebelah sana,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

Ramai meluahkan rasa sebak kerana persembaha­n lagu Di Matamu oleh Sufian itu benar-benar menyentuh jiwa.

Berbeza pula di laman Instagram Elfira, tercetus peperangan antara peminat Sufian dan Elfira.

Antara komen yang mencuri perhatian adalah apabila ada netizen menganggap Sufian menggunaka­n taktik terbaik dengan meminjam idea pelamin Elfira.

“Wah, menjadi betul taktik Sufian Suhaimi sampai dapat persembaha­n terbaik. Mula-mula, orang dah reda kutuk El. Kemudian, dia pinjam idea pelamin El untuk nampak lebih sedih,” tulis netizen.

Peminat Sufian kemudian membalas komen itu dengan menyuaraka­n sokongan terhadap artis kesayangan mereka itu.

“Kau yang tak boleh ‘move on’ dan jadi batu api,” balas peminat Sufian.

Ada juga netizen yang menganggap Sufian membuatkan peminat melihat dia sebagai mangsa.

“Kasihan El. Tutup aib orang, diri sendiri pula yang dikecam tak habis-habis. Menganggap diri mangsa sampaikan El pula yang nampak jahat.

“Sabar banyak. Yang penting, El sudah selamat menjadi isteri kepada lelaki yang Allah pilih untuk El,” tulisnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia