Harian Metro

Pelamin inspirasi lagu penyanyi Celine Dion

-

Lumpur: Pereka pentas persembaha­n Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), The Calla tidak menjangkak­an rekaan mereka untuk lagu Di Matamu mencuri perhatian ramai sehingga menjadi tular.

Perekanya, Mohd Firdaus Othman berkata, dia bersama kumpulanny­a menyediaka­n rekaan untuk pentas dan mendapat persetujua­n daripada Sufian.

“Kami mengambil inspirasi daripada persembaha­n Celina Dion menerusi lagu

di satu acara anugerah yang menggunaka­n lampu chandelier dan tirai sebagai prop.

“Pelamin kami bina untuk disesuaika­n dengan jalan cerita lagu Di Matamu dan tiada kaitan dengan mana-mana pelamin lain. Kalau ada pun, ia secara kebetulan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Firdaus, menjadi tugas pihaknya sebagai kumpulan pereka untuk menyediaka­n idea terbaik.

“Kami juga mendapat kelulusan daripada pihak TV3 yang mahukan rekaan pentas yang dan tidak berkias-kias.

“Jadi, dengan menggunaka­n pelamin sebagai salah satu elemen, orang faham bahawa lagu itu berkisar mengenai kegagalan dalam percintaan,” katanya. Ditanya sama ada pihaknya menjangkak­an bahawa rekaan pelamin itu akan dikaitkan dengan pelamin majlis perkahwina­n pelakon Elfira Loy yang juga bekas kekasih Sufian, Firdaus menegaskan sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Kami tak jangkakan ia akan dianggap sedemikian. Seperti yang saya katakan, ia kebetulan,” katanya.

Persembaha­n Sufian menerusi lagu Di Matamu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu berjaya mengunggul­i kategori Persembaha­n Terbaik AJL33.

The Calla sebelum ini pernah bekerjasam­a dengan beberapa selebriti apabila dilantik sebagai perancang majlis serta pelamin antaranya Anzalna Nasir, Yuna dan Siti Saleha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia