Harian Metro

Semua dapat ‘rasa’ lagu itu

-

Kuala Lumpur: Persembaha­n Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) kelmarin membuatkan penyanyi Wany Hasrita dan Ernie Zakri menitiskan air mata.

Wany, 27, atau nama sebenarnya Nurshazwan­y Hasrita Hasbullah berkata, nyanyian Sufian menusuk kalbu dan disampaika­n dengan penuh perasaan.

“Saya nangis sebab dapat rasa apa yang disampaika­n. Malah, penggunaan prop dan penceritaa­n lagu itu membantu persembaha­nnya. Bukan saja di stadium tetapi saya percaya penonton di rumah pun dapat rasa.

“Sejujurnya, saya dapat rasa kekecewaan dan kemarahan yang ingin disampaika­n Sufian dalam lagu itu.

“Sebagai penonton yang menyaksika­n secara langsung semalam (kelmarin), saya berasakan Sufian sudah memberikan yang terbaik untuk lagu itu. Saya ada dengar juga, ketika sesi latihan dia buat biasa saja tetapi semalam dia bagi all out. Dia layak dapat trofi Persembaha­n Terbaik,” katanya.

Sementara itu, Ernie, 27, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia dapat merasai kesakitan dan luahan perasaan yang ingin disampaika­n Sufian.

“Nyanyian Sufian memang menyentuh jiwa. Apa pun, saya tak nak kaitkan dengan apa yang dia pernah lalui. Saya cuma fokus apa yang dipersemba­hkan semalam. Dia berjaya membawakan lagu itu dengan penuh perasaan.

“Paling epik apabila tirai dijatuhkan dan pelamin muncul. Bagi saya, persembaha­nnya itu adalah menyeluruh dan ada kaitan dengan semua. Disebabkan itu, ia meninggalk­an kesan.

“Apa pun, berdasarka­n persembaha­nnya semalam (kelmarin) dia memang layak menang kategori itu dan tak boleh disangkal lagi,” katanya.

Persembaha­n Sufian itu masih menjadi ‘trending’ di Twitter selain mencatat jumlah tontonan tertinggi di laman YouTube TV3 Malaysia iaitu mencecah 1.6 juta dalam tempoh kurang 24 jam berbanding persembaha­n finalis lain.

 ??  ?? WANY Hasrita (kanan) turut menitiskan air mata bersama Ernie Zakri ketika menonton persembaha­n Sufian.
WANY Hasrita (kanan) turut menitiskan air mata bersama Ernie Zakri ketika menonton persembaha­n Sufian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia