Harian Metro

Hasbi Rabbi versi Varrelene

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@hmetro.com.my

Kemerduan suara gadis berketurun­an Sino Kadazan menyanyika­n lagu Hasbi Rabbi mendapat perhatian netizen selepas video itu tular di Twitter, baru-baru ini.

Ketika ditemui Harian Metro, Varrelene Julian, 23, tidak menyangka video berdurasi 14 saat itu tular sehingga menerima

165,000 tontonan, retweet lebih 12,000 pengguna dan 10,400 menyukainy­a.

Anak kelahiran Sandakan itu berkata, dia menyanyika­n lagu itu sekadar untuk menghiburk­an rakannya dan kebetulan dia menyukai lagu itu yang dinyanyika­n oleh Khai Bahar.

“Saya tidak tahu pula video itu dimuat naik di akaun Twitter rakan. Pada mulanya mereka hanya minta saya menyanyika­n sebuah lagu dan saya mencadangk­an lagu nasyid.

“Kebetulan saya meminati lagu zikir yang dinyanyika­n Khai Bahar dan saya menghafaln­ya sebelum menyanyika­n untuk mereka,” katanya.

Menurut Varrelene, selepas video itu tular, dia mengambil keputusan untuk memuat naik semula video berdurasi satu minit di laman Instagram miliknya tiga hari lalu.

“Walaupun bukan beragama Islam, saya menerima reaksi positif daripada orang ramai selain rakan turut menyokong termasuk memperbetu­lkan sebutan dalam zikir itu,” katanya.

Mengulas lanjut minatnya terhadap bidang nyanyian, walaupun Varrelene kini menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) di Tawau, minatnya tidak pernah pudar.

“Saya aktif menyanyi sejak berusia sembilan tahun dan sejak kebelakang­an ini, ada juga menyertai beberapa pertanding­an menyanyi di sekitar Sabah.

“Disebabkan minat juga, saya mula muat naik video nyanyian ke Instagram sejak awal tahun ini. Tidak sangka sejak ditularkan di laman sosial, pengikut Instagram semakin meningkat,” katanya. Kuala Lumpur: “Jika tiada aral, saya dibenarkan keluar hospital hari ini (semalam),” kata penyanyi dan pelakon Datuk Awie, 50, yang dimasukkan ke sebuah hospital sejak seminggu lalu.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman ketika dihubungi Harian Metro berkata, dalam tempoh seminggu di tahan di wad, doktor memeriksa tahap tekanan darah, buah pinggang dan sebagainya.

“Setakat diberitahu, semuanya baik baik saja. Saya ada juga bertanya mengenai punca sakit, tapi doktor tidak dapat menjelaska­n secara terperinci.

“Namun, doktor akui saya ada masalah dalam perut, tetapi ia tidak membimbang­kan,” katanya enggan berkongsi lanjut mengenai masalah itu.

Pelakon Hantu Kak Limah itu akan kembali meneruskan kerjaya seni seperti biasa bergantung kepada tahap kemampuann­ya buat masa ini.

Pun begitu, beliau akui tidak boleh berehat terlalu lama kerana bidang seni punca pendapatan untuk menampung kehidupan sekeluarga.

“Selepas keluar saya akan terus bertemu dengan doktor seperti biasa.

“Rawatan alternatif pula,

 Video berdurasi 14 saat tular

 ??  ?? VARRELENE
VARRELENE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia