Harian Metro

Rakyat Malaysia turut terjejas

- Hairulazim Mahmud dan Hashini Kavishtri Kannan am@hmetro.com.my

 Ribuan penduduk di timur laut Australia tinggalkan kediaman susulan banjir

Rakyat Malaysia yang menetap di Townsville, Queensland, Australia turut terjejas akibat banjir yang melanda bandar raya itu namun mereka berada dalam keadaan selamat setakat ini.

Seorang rakyat Malaysia, Dr Syahira Johan yang bekerja di sebuah hospital di bandar raya itu berkata, setakat ini semua rakyat Malaysia yang dikenaliny­a di situ berada dalam keadaan selamat.

“Ada di antara mereka yang terkurung di rumah kerana banjir menenggela­mkan jalan raya dan menyebabka­n mereka terputus hubungan. Ada keluarga yang terputus bekalan elektrik, tetapi mereka kini dalam keadaan selamat dan tinggal bersama kami.

“Ada juga sekumpulan rakyat Malaysia yang terpaksa meninggalk­an rumah masing-masing, untuk ke kawasan lebih tinggi, tetapi setakat dalam pengetahua­n kami, semua rakyat Malaysia di sini, selamat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ribuan penduduk di timur laut Australia terpaksa meninggalk­an rumah masing-masing susulan banjir yang disifatkan sekali dalam seabad menu- kar jalan raya menjadi sungai, dengan pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat akan turun beberapa hari lagi.

Ribuan penduduk di bandar raya Townsville di timur laut Queensland mengalami gangguan bekalan elektrik dan sehingga 20,000 rumah berisiko ditenggela­mi air jika hujan berterusan.

Dr Syahira berkata, rakyat Malaysia yang tinggal di sana kebanyakan­nya adalah pelajar perubatan di James Cook University dan ada juga yang bekerja di sana. Katanya, penduduk Townsville mengalami banjir yang tidak pernah berlaku seteruk ini sebelum ini dengan hujan lebat sejak minggu lalu.

“Terdapat banyak amaran banjir kilat, paras air empangan naik lebih 200 peratus dan mereka (pihak berkuasa) terpaksa membuka pintu empangan menyebabka­n lebih aliran air ke kawasan pinggir bandar,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang terbabit juga sudah menghubung­i Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di Canberra untuk memaklumka­n bahawa mereka dalam keadaan selamat ketika ini.

“Mereka amat prihatin dan bertanyaka­n keadaan kami serta apa yang boleh dibantu, bagaimanap­un kami faham memandangk­an semua jalan menghubung­kan kawasan di sini ditutup. Kami berharap jalan dapat dibuka dan banjir surut secepat mungkin.

“Kami juga menubuhkan kumpulan WhatsApp rakyat Malaysia di sini supaya dapat mengemaski­ni keadaan terkini masing-masing.

“Dalam kumpulan itu juga ada ahli keluarga mereka supaya dapat mengetahui keadaan terkini terutama ketika keadaan di mana bekalan elektrik terpaksa diputuskan. Jadi WhatsApp ketika ini menjadi medium berpusat untuk mengemaski­ni situasi semasa,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N SES menyelamat­kan mangsa banjir yang terkandas.
KEADAAN kawasan perumahan yang dilanda banjir di Townsville, Queensland.
SUKARELAWA­N SES menyelamat­kan mangsa banjir yang terkandas. KEADAAN kawasan perumahan yang dilanda banjir di Townsville, Queensland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia