Harian Metro

Keluar 761 notis saman

-

Sungai Buloh: Sebanyak

761 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan di sekitar daerah ini bagi tempoh enam hari dalam Operasi Selamat 14 (Op Selamat 14) sempena Tahun Baharu Cina 2019 sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan Shafa’aton Abu Bakar berkata, jumlah saman yang dikeluarka­n menurun berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Bagi tempoh sama pada Op Selamat 12 (sempena Tahun Baru Cina 2018), sebannyak 950 saman dikeluarka­n. Ini menyaksika­n penurunan sebanyak 189 saman berbanding tempoh sama tahun ini.

“Antara kesalahan dilakukan pengguna jalan raya adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, menggunaka­n telefon bimbit, memandu melebihi had laju serta lain-lain kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran Operasi Selamat 14 (Op Selamat 14) sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Pusat Komersial TSB, di sini, semalam.

Shafa’aton berkata, sebanyak 116 kes kemalangan dilaporkan berlaku di daerah ini bagi tempoh enam hari sejak Op Selamat 14 dilancarka­n.

“Daripada jumlah itu, dua kes kemalangan maut dilaporkan. Jumlah dilaporkan itu meningkat sebanyak tiga kes berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 113 kes.

“Polis turut melakukan rondan dan pemantauan di lokasi kerap berlaku kemalangan membabitka­n laluan dari Sungai Buloh ke Kuala Selangor, Sungai Buloh ke Shah Alam serta jalan di Bukit Rahman Putra,” katanya.

Katanya, sepanjang tempoh Op Selamat 14 berjalan sehingga 12 Februari ini, seramai 27 pegawai dan anggota polis trafik

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh turut serta.

“Pengguna jalan raya dinasihatk­an berhati-hati ketika memandu dan menunggang motosikal serta mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelakka­n berlaku kemalangan,” katanya.

 ??  ?? SHAFA’ATON memakaikan topi keledar kepada pengguna motosikal pada majlis pelancaran Op Selamat 14.
SHAFA’ATON memakaikan topi keledar kepada pengguna motosikal pada majlis pelancaran Op Selamat 14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia