Harian Metro

31 memandu tanpa lesen

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Parit Buntar

Hanya menggunaka­n rangka basikal dan dimasukkan enjin motosikal jenis Honda serta mempunyai pendikit minyak.

Begitulah keadaan ‘motosikal’ pelik yang digunakan seorang remaja lelaki yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Pantai Kuala Kurau, Tanjung Piandang di sini, kelmarin.

Remaja berusia 19 tahun berkenaan memberi alasan motosikal yang diubah suai itu sebagai hasil seni dan berbuat demikian hanya untuk seronok.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, operasi membabitka­n dua pegawai dan 51 anggota serta dibantu lapan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu diadakan bermula jam 5 petang hingga 9 malam.

Menurutnya, polis mengeluark­an sebanyak 99 saman membabitka­n pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai motosikal seperti dilakukan remaja itu.

“Kesalahan tidak memakai topi keledar antara kesalahan tertinggi direkodkan dengan 35 saman dikeluarka­n manakala 30 saman dikeluarka­n membabitka­n kesalahan tiada lesen memandu.

“Sebanyak 120 kenderaan diperiksa dalam operasi ini dan motosikal yang diubahsuai remaja berkenaan disita untuk siasatan lanjut,” katanya.

Omar berkata, pihaknya juga menahan dua lelaki termasuk seorang pelajar berusia 17 tahun dalam operasi berkenaan selepas ujian air kencing dijalankan mendapati mereka positif dadah. Banting: Tindakan 31 individu pandu kenderaan tanpa lesen memandu memakan diri apabila dikenakan tindakan dalam Op Selamat 14 di Kilometer 13 Jalan Klang-Banting, di sini, malam Sabtu lalu.

Lebih membimbang­kan apabila mereka rata-ratanya terdiri pelajar berusia antara 14 hingga 16 tahun yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu.

Perkara itu dikesan menerusi sekatan jalan raya dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala

Langat, bermula jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah

Kuala Langat, Superinten­dan Azizan Tukiman berkata, pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas

115 individu dan mengeluark­an 98 saman

>> Dua lelaki termasuk seorang pelajar berusia 17 tahun ditahan positif dadah

atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Sepanjang tiga jam operasi, sebanyak 110 kenderaan diperiksa iaitu motosikal (55), kereta (42 buah), kenderaan pelbagai guna (MPV) (7) dan pacuan empat roda

(6).

“Pelbagai kesalahan dikesan antaranya memotong barisan, melanggar lampu isyarat, cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.

“Berdasarka­n jumlah saman yang dikeluarka­n, kesalahan tidak memiliki lesen memandu mencatat jumlah tertinggi iaitu 31 kes,” katanya.

Katanya, memandu kenderaan tanpa lesen memandu adalah kesalahan serius yang bukan saja membahayak­an diri sendiri, malah nyawa pengguna jalan raya lain.

“Jika berlaku kemalangan jalan raya, ia akan lebih menyukarka­n keadaan terutama apabila mereka tidak dilindungi insurans,” katanya.

 ?? Azizan Tukiman ?? Jika berlaku kemalangan jalan raya, ia akan lebih menyukarka­n keadaan terutama apabila mereka tidak dilindungi dengan insurans” ANGGOTA polis memeriksa kenderaan dalam Op Selamat 14
di Kilometer 13 Jalan Klang-Banting, malam Sabtu lalu.
Azizan Tukiman Jika berlaku kemalangan jalan raya, ia akan lebih menyukarka­n keadaan terutama apabila mereka tidak dilindungi dengan insurans” ANGGOTA polis memeriksa kenderaan dalam Op Selamat 14 di Kilometer 13 Jalan Klang-Banting, malam Sabtu lalu.
 ?? Omar Bakhtiar ?? Motosikal yang diubah suai remaja berkenaan disita untuk siasatan lanjut”
Omar Bakhtiar Motosikal yang diubah suai remaja berkenaan disita untuk siasatan lanjut”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia