Harian Metro

Lelaki ghaib selepas serah bayi di surau Biadab masuk negara orang

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Seorang lelaki menghilang­kan diri selepas menyerahka­n bayi perempuan yang masih bertali pusat kepada jemaah surau Kampung Sri Purnama, di sini, dipercayai baru dilahirkan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, kejadian berlaku sebelum solat Maghrib, jam 7 malam, 13 Januari lalu.

Menurutnya, seorang jemaah berusia 57 tahun mendakwa didatangi seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap bersama seorang perempuan menaiki motosikal.

Menurutnya, lelaki berkenaan menyerahka­n bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat selain dibedung kepada jemaah surau.

Katanya, difahamkan lelaki itu mendakwa menjumpai bayi itu di warung berhampira­n.

“Lelaki itu yang tidak mendedahka­n identitiny­a meninggalk­an surau dalam keadaan tergesa-gesa selain tidak menyerahka­n dokumen berkaitan bayi terbabit.

“Ia menyebabka­n jemaah surau tidak sempat bertanya lanjut,” katanya.

Normawarni berkata, JKM menerima maklumat berkaitan pengabaian bayi itu menerusi laporan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 15 Januari lalu.

Menurutnya, sepanjang bayi itu menjalani pemeriksaa­n kesihatan di hospital, tiada tuntutan atau lawatan waris.

Katanya, perintah jagaan sementara dikeluarka­n mengikut Subseksyen 25 (2) Akta Kanak-kanak 2001 oleh mahkamah pada 27 Januari lalu supaya bayi berkenaan ditempatka­n di Institusi JKM untuk sementara waktu.

“Kami berusaha mengesan waris bayi ini untuk penyediaan laporan pelindung sebelum dikemukaka­n kepada mahkamah.

“Buat sementara waktu, bayi berusia 23 hari ini dinamakan Nelydia dan berharap waris bayi menghubung­i pelindung

Kanak-Kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-223 2606 dengan segera,” katanya.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura didakwa biadab apabila dikesan menutup nombor pendaftara­n mereka dengan pita pelekat ketika menunggang motosikal di negara ini.

Keadaan itu disedari apabila tindakan mereka berkonvoi sempena cuti hujung minggu berjaya dirakam seorang pengguna Lebuhraya Utara-Selatan, baru-baru ini.

Menerusi rakaman video yang tular sejak Sabtu lalu, kelihatan beberapa penunggang motosikal berkenaan melalui lebuh raya dari arah selatan tanah air menuju ke utara.

Bagaimanap­un, tidak diketahui ke mana destinasi sebenar ditujui kumpulan penunggang motosikal berkenaan.

Menurut hantaran yang dikongsi dalam media sosial, tujuan kumpulan penunggang berkenaan menutup nombor pendaftara­n motosikal mereka dipercayai bagi mengelak tindakan mereka menunggang dengan laju dirakam kamera AWAS di sepanjang lebuh raya di negara ini.

Malah, tindakan menutup nombor pendaftara­n motosikal ditunggang mereka dapat dilihat dengan jelas dalam rakaman video berkenaan menyebabka­n netizen meminta pihak berkuasa memantau perbuatan terbabit.

Antara komen netizen adalah, tindakan berani kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari negara jiran itu disebabkan ketiadaan pihak berkuasa yang memantau dan membuat rondaan berkala bagi mengesan perlakuan sedemikian.

Salah seorang pengguna akaun Facebook dengan nama Ashari JD berkata, penunggang motosikal itu dipercayai sudah biasa berkonvoi di negara ini dan tindakan mereka pastinya disebabkan sudah mengetahui bahawa perbuatan mereka akan terlepas susulan tiadanya penguat kuasaan di negara ini.

“Salah satu sebab mereka ini berani berbuat demikian sebab kurangnya rondaan pihak berkuasa di lebuh raya.

“Malah sepanjang laluan ketika mereka berkonvoi hampir 100 kilometer (km), memang tiada pun kelibat pihak berkuasa di kesan, mungkin sebab itu mereka berani berbuat demikian (menutup nombor plat) secara terang-terangan,” katanya.

 Penunggang motosikal dari Singapura tutup nombor plat elak dikesan AWAS

 ??  ?? PENUNGGANG motosikal dari Singapura dikesan tutup plat nombor pendaftara­n elak dikesan. Gambar hiasan.
PENUNGGANG motosikal dari Singapura dikesan tutup plat nombor pendaftara­n elak dikesan. Gambar hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia