Harian Metro

Belum putus diskaun pesalah trafik

-

Shah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum membuat keputusan pemansuhan diskaun kepada pesalah trafik kerana perlu memperoleh butiran terperinci daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Ia berikutan pasukan keselamata­n itu berada di bawah kementeria­n berkenaan dan bukannya Kementeria­n Pengangkut­an.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kenyataan Menteri Pengangkut­an Anthony Loke sebelum ini hanya membabitka­n cadangan di bawah kementeria­n berkenaan.

“Kita (PDRM) perlu mendapatka­n butiran lengkap terlebih dulu dan mungkin menyelaras­kannya dengan KDN sebelum memberikan sebarang kata putus mengenai perkara itu.

“Namun, kita sememangny­a sudah mengumumka­n tidak akan memberi diskaun kepada pesalah trafik sepanjang musim perayaan ini. Kita tidak boleh bertolak ansur dalam usaha menurunkan kadar kemalangan,” katanya pada majlis serah tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan tiada sebarang tawaran diskaun akan diberikan ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas.

Anthony Loke dipetik berkata, dasar tiada diskaun itu tidak bermusim dan akan diteruskan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim perayaan sahaja seperti sebelum ini bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya.

Katanya, sebarang pemberian diskaun oleh polis bukan dibuat sewenang-sewenangny­a kerana perlu mendapat persetujua­n daripada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

“Kita tidak pernah melaksanak­an pemberian diskaun kepada pesalah trafik sebelum ini, namun ia dilakukan menerusi sesuatu program seperti berbentuk kemasyarak­atan.

“Kadang-kadang kesalahan (pesalah trafik) itu sudah banyak dan kita mahu meringanka­n beban mereka menerusi tawaran dalam program seumpamany­a sekali gus menggalakk­an orang ramai membayar saman,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi (tengah) menyaksika­n majlis serah tugas bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor (kiri) kepada Ketua Polis Selangor baharu, Datuk Noor Azam Jamaludin, semalam.
MOHAMAD Fuzi (tengah) menyaksika­n majlis serah tugas bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor (kiri) kepada Ketua Polis Selangor baharu, Datuk Noor Azam Jamaludin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia