Harian Metro

‘Korban masa demi mereka’

- Ahmad Ismail cnews@nstp.com.my

Demi kegembiraa­n 30 penghuni istimewa, seorang penyelia pusat kebajikan sanggup mengorbank­an masanya sendiri daripada menghadiri jamuan makan besar bersama keluargany­a di kampung.

Sejak 12 tahun lalu, Cheong Wing Khoon, 58, tidak pulang ke Pulau Pinang untuk menyertai jamuan makan besar keluargany­a, sebaliknya meraikan jamuan itu bersama ‘keluargany­a’ di Pusat Jagaan Kebajikan Istimewa Lelaki Segamat di Kampung Jawa.

Cheong yang juga penyelia pusat jagaan itu sanggup berkorban semata-mata mahu memastikan persiapan majlis makan besar untuk 30 penghuni berjalan lancar dan hanya pulang bertemu keluarga pada hari keraian lain.

“Selaku penyelia, saya tidak sampai hati meninggalk­an 30 penghuni lelaki berusia 30 hingga 82 tahun membabitka­n orang kurang upaya (OKU), lumpuh, tiada waris dan keluarga kurang berkemampu­an untuk menyambut malam Tahun Baharu Cina sendiri.

“Sebab itu saya meraikan bersama mereka bagi memastikan suasana ceria walaupun tanpa insan tersayang.

“Kami bagaikan keluarga besar dan berkongsi susah serta senang bersama sejak puluhan tahun lalu, malah kami memanggil gelaran papa,

 Penyelia pusat jagaan tidak pulang makan besar keluarga sejak 12 tahun lalu

abang dan adik dalam kehidupan harian serta turut membantu saya memasak, membasuh pakaian dan beriadah bersama-sama,” katanya.

Cheong berkata, bagi menjiwai ketibaan Tahun Baharu Cina, semua penghuni menulis serta bertukar kad ucapan dan paling mengharuka­n, ada yang mengalirka­n air mata kerana terharu.

“Biasanya kami akan bekerjasam­a menghias persekitar­an dengan mengantung tanglung dan mengguntin­g rambut,” katanya.

Menurutnya, pusat jagaan itu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat dan dipantau Pejabat Kesihatan Segamat manakala kos pengurusan hasil sumbangan pelbagai pihak.

“Penghuni dari sekitar Segamat, Tangkak, Pulau Pinang dan Kedah diberikan hidangan lima kali sehari dan antara aktiviti Tahun Baharu Cina termasuk pertanding­an dam, catur serta mengupas limau,” katanya.

 ?? FOTO: AHMAD ISMAIL ?? CHEONG berkongsi kegembiraa­n
perayaan Tahun Baharu Cina bersama penghuni Pusat Jagaan Kebajikan Istimewa Lelaki Segamat
di Kampung Jawa.
FOTO: AHMAD ISMAIL CHEONG berkongsi kegembiraa­n perayaan Tahun Baharu Cina bersama penghuni Pusat Jagaan Kebajikan Istimewa Lelaki Segamat di Kampung Jawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia