Harian Metro

Langkah kurangi nahas

-

Penambahan 11 lagi kamera Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) di sepanjang jajaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilihat sebagai antara langkah komprehens­if dalam mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya terutamany­a pada musim perayaan.

Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalanraya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ini kerana punca utama kemalangan jalan raya disebabkan sikap pemandu yang membawa kenderaan mereka melebihi had laju ditetapkan.

“Saya berpendapa­t kalau dapat memasang kamera ini ia penyelesai­an kepada masalah yang kita hadapi hari ini. Kalau bercakap mengenai pemasangan kamera AES itu sumbangan PLUS, saya anggap ini sangat sesuai,” katanya selepas Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS di sini, semalam.

Lee yang menamatkan tugasnya sebagai Pengerusi MIROS, semalam berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke yang menyebut 11 lagi kamera AES ditambah di sepanjang Lebuhraya PLUS, namun lokasinya dalam penelitian.

Sehingga kini, ada 45 kamera AES dipasang di seluruh negara.

Terdahulu, Lee yang memegang jawatan Pengerusi MIROS sejak 3 April 2015 menyerahka­n nota serah tugas kepada Datuk Suret Singh selaku Pengerusi MIROS baharu berkuat kuasa hari ini.

Suret yang pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) dan Penasihat di Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat berkata, keselamata­n jalan raya terutama penunggang dan pembonceng motosikal kapcai menjadi keutamaan beliau sepanjang memegang jawatan itu. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia