Harian Metro

Terlupa parkir rupanya!

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor cnews@nstp.com.my

meletakkan kenderaan terbabit di rumahnya di Flat Seri Pajam, Mantin pada jam 7.30 malam kelmarin dalam keadaan berkunci.

“Namun apabila pulang ke rumah tiga jam kemudian, dia mendapati kereta yang diletakkan di ruang parkir tiada. Dia yang cemas segera membuat laporan polis,” katanya, semalam.

Menurutnya, polis menjalanka­n siasatan dan mendapati kenderaan itu tidak hilang sebaliknya diparkir

 Kontraktor mohon maaf buat laporan dakwa kereta dicuri

di rumah majikannya di Taman Semarak.

“Kereta lelaki itu tidak dicuri, tetapi dia terlupa lokasi asal diletakkan. Kejadian berlaku apabila lelaki itu mengambil kereta milik syarikat dan meninggalk­an keretanya di rumah majikan. “Sebaik habis bekerja, lelaki itu meminta rakan sekerja menghantar­nya pulang ke rumah dan terlupa keretanya,” katanya.

Malah, katanya, kejadian itu tular di aplikasi WhatsApp selepas lelaki terbabit meminta bantuan orang ramai menghubung­inya jika menemui kereta berkenaan.

Beliau berkata, kejadian pemilik terlupa di mana lokasi parkir kereta dan menyangka ia dicuri itu kali ketiga dilaporkan berlaku di Nilai pada tahun ini.

“Polis mengingatk­an orang ramai mengingati di mana kenderaan diletakkan atau mengambil gambar nombor tiang parkir sebagai petunjuk bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

 ??  ?? KERETA milik kontraktor yang didakwa hilang ditemui semula.
KERETA milik kontraktor yang didakwa hilang ditemui semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia