Harian Metro

Pasangan kekasih penyamun ditahan

-

Melaka: Pasangan kekasih antara empat individu yang ditahan dipercayai terbabit kejadian samun sepasang suami isteri di Taman Melaka Raya, di sini, 6 Januari lalu.

Penahanan tiga lelaki dan seorang wanita itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah negeri bersama Bahagian D8 (Operasi Khas) dan Bahagian D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, tangkapan pertama dilakukan ke atas suspek lelaki berusia 33 tahun di restoran di Johor Bahru jam 2.30 pagi.

“Dua lagi lelaki dan seorang suspek wanita masing-masing berusia 23, 33, dan 25 tahun ditahan pada jam 5 pagi di Pangsapuri Runcak Kempas Utama, Taman Kempas Utama, Johor.

“Hasil ujian air kencing ke atas tiga suspek lelaki didapati positif methamphet­amine,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.

Beliau berkata, semua suspek warga tempatan berasal dari Johor.

Mohd Nor Yhazid berkata, pihaknya merampas kereta Honda Accord putih dipercayai digunakan ketika menyamun pasangan suami isteri berusia 76 dan 60 tahun selain motosikal Yamaha RX-Z yang kedua-duanya menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

Beliau berkata, kedua-dua kenderaan itu didapati dicuri di Johor dan Melaka.

“Kami turut merampas telefon bimbit jenama MI, topi bertulis Yamaha 46, topeng muka, pisau serta sarung, parang panjang berukuran 70 sentimeter, parang panjang berukuran 63 sentimeter, papan nombor pendaftara­n kereta bertulis Honda dan nombor pendaftara­n JPX9023.

“Kami percaya dengan tangkapan ini, 14 kes samun masing-masing membabitka­n tiga kes di Melaka dan 11 kes di Johor selesai,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula 31 Januari lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpula­n dengan bersenjata serta cuba menyebabka­n kematian atau cedera parah.

Terdahulu, sejurus selepas kejadian di Jalan Melaka Raya 12 berlaku, video rakaman kamera litar tertutup pasangan suami isteri itu dirompak menjadi tular dan polis menggunaka­n rakaman berkenaan sebagai panduan memburu suspek.

Dalam kejadian itu, suspek kerugian RM2,500 selepas beg tangan yang mengandung­i telefon bimbit dan barangan peribadi dirompak.

 ??  ?? YHAZID menunjukka­n kenderaan yang dirampas termasuk senjata dan nombor plat kenderaan palsu.
YHAZID menunjukka­n kenderaan yang dirampas termasuk senjata dan nombor plat kenderaan palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia