Harian Metro

Menjaga sumber ilmu

-

 Buku, kitab, al-Quran hendaklah dipelihara kemuliaann­ya

Beliau mempunyai kemahiran dan kebolehan luar biasa iaitu mampu mematahkan hujah dalam perdebatan dengan pihak yang ingin mempersoal­kannya dalam hal berkaitan akidah.

Setiap kali berdebat, beliau pasti dapat menangkis apa saja helah lawan untuk memesongka­n fakta. Di sebalik reputasiny­a sebagai pendebat ulung yang petah dan pintar berhujah berasaskan nas sahih, beliau memiliki keperibadi­an akhlak dan adab sopan yang sangat tinggi.

Antara perkara yang sangat diberikan perhatian ialah beradab dengan mashaf al-Quran. Beliau sangat menghormat­i kitab Allah itu sehingga tidak pernah menyentuhn­ya tanpa wuduk, malah beliau sentiasa memastikan dirinya duduk bersila serta menghadap kiblat apabila ingin menyentuh dan membaca al-Quran.

Begitulah ketinggian adab tokoh ulama berkenaan terhadap al-Quran. Beliau juga berasa kurang selesa dan tidak tenang sekiranya hendak tidur dalam bilik yang di dalamnya terdapat al-Quran.

Sebaliknya, beliau akan beralih ke bilik lain sebagai menghormat­i mashaf al-Quran. Kisah itu diceritaka­n oleh Ibn al-Subki dalam kitabnya,

Sedarlah kita bahawa selain wajib beradab dan memuliakan guru yang mendidik dan mengajar, kita juga disuruh supaya beradab dan menghormat­i ilmu itu sendiri.

Pernah berlaku kepada seseorang yang mencampakk­an buku di hadapan Imam Ahmad. Melihat perbuatan orang itu, beliau amat marah lalu menegurnya dengan berkata: “Beginikah perilakumu kepada ucapan para ulama?” Ucapan para ulama itu bermaksud, apa yang tertulis dalam kitab-kitab yang kita pelajari.

 ??  ?? ORANG zaman dahulu terpaksa mengembara untuk mencari ilmu.
ORANG zaman dahulu terpaksa mengembara untuk mencari ilmu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia