Harian Metro

Al-Quran pelindung di akhirat

-

aktiviti harian yang mesti dilaksanak­an.

Contohnya, pada setiap hari selepas menunaikan solat Subuh, kita bersama keluarga sudah membiasaka­n diri membaca beberapa ayat al-Quran serta saling menyemak bacaan antara satu sama lain.

Al-Quran adalah sumber pahala yang sangat besar dikurniaka­n kepada umat Nabi Muhammad SAW. Di padang mahsyar kelak, semua manusia akan merasai kepanasan dan tiada siapa yang akan dapat membantu.

Hanya orang-orang terpilih sahaja yang akan mendapat teduhan Allah SWT. Mereka adalah golongan terpilih kerana ketika hayatnya sentiasa mendamping­i al-Quran.

Maka, al-Quran akan datang memberi syafaat dan pertolonga­n. Seperti dinyatakan dalam hadis itu, bacalah dua surah yang bercahaya dan bergemerla­pan iaitu Surah al-Baqarah dan Ali Imran.

Nabi SAW menjelaska­n menerusi hadis itu, dua surah berkenaan akan mendatangi golongan yang bersahabat dengan al-Quran seperti awan mendung atau dua kawan burung yang akan menaungi serta mempertaha­nkan golongan itu.

Kelebihan al-Quran juga bukan hanya bagi mereka yang membacanya, malah mereka yang mendengarn­ya juga turut beroleh kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa mendengar (bacaan) satu ayat daripada alQuran, dia dicatat melakukan kebajikan yang dilipatgan­dakan. Sesiapa membacanya, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (Musnad Imam Ahmad)

Jika membaca dan mendengar al-Quran membolehka­n seseorang Muslim mendapat pahala yang cukup besar, apatah lagi jika mampu membaca serta memahami isi kandungann­ya.

Di dalam al-Quran itu banyak terkandung segala perintah, amaran, larangan serta nasihat. Sekiranya membaca ayat yang menceritak­an keagungan Allah SWT, maka kita perlu baca dengan sepenuh rasa kekaguman.

Apabila membaca ayat ancaman daripada Allah SWT, kita perlu menghadirk­an rasa kerisauan serta memohon pengampuna­n daripada-Nya dengan penuh pengharapa­n.

Sehubungan itu, walaupun sekadar membaca al-Quran dan tidak termasuk lagi memahami isi kandungann­ya, Allah SWT tetap menyediaka­n pahala yang melimpah ruah kepada golongan itu.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgan­dakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmizi)

Jika ada yang membaca dalam keadaan sukar, kata Nabi SAW, golongan itu akan mendapat dua kali ganjaran pahala.

Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalka­nnya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Sekiranya semua motivasi itu masih belum dapat menyentuh hati kita untuk menjadikan al-Quran sebagai amalan harian, berapa lama dan apa cara lagi yang boleh digunakan untuk kita benar-benar ‘terpikat’ dengan al-Quran?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia