Harian Metro

Kesan kanser peringkat awal

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Rakyat Malaysia disaran mengambil tindakan dengan melakukan pengesanan kanser pada peringkat awal memandangk­an ia aspek penting yang perlu ditekankan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dianggarka­n 60 peratus kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu tiga serta empat dan antara faktor penyumbang­nya ialah kurang kesedaran mengenai kepentinga­n menjalanka­n ujian saringan dan pengesanan awal.

Menurutnya, kanser kini adalah penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tiga jenis kanser yang tertinggi dalam kalangan lelaki adalah kolorektal (16.4 peratus), paru-paru (15.8 peratus) dan nasopharyn­x (8.1 peratus), manakala dalam kalangan wanita adalah payudara (32.1 peratus), kolorektal (10.7 peratus) dan serviks (7.7 peratus).

“Beban penyakit kanser dijangka akan meningkat disebabkan oleh prevalen faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang tinggi dan populasi menua (aging population) di Malaysia,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Kanser Sedunia di sini, semalam.

Beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan menyediaka­n perkhidmat­an saringan untuk empat jenis kanser iaitu payudara, serviks, kolorektal dan oral di klinik kesihatan kementeria­n di seluruh negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya supaya tidak memandang ringan dalam soal menjaga hubungan.

Beliau berkata, hal ini kerana akan ada pihak cuba untuk mengeruhka­n keharmonia­n yang dikecapi, sekali gus rakyat Malaysia perlu menjaga diri daripada terhasut dengan perkara sedemikian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia