Harian Metro

Rai kepelbagai­an

-

 Jangan terhasut dengan pihak cuba keruh keharmonia­n

“Di dalam sebuah negara rakyatnya berbilang kaum dan agama, kita dapat meraikan kepelbagai­an dengan penuh keharmonia­n serta aman.

“Ini satu perkara yang biasa bagi kita, tetapi ia tidak sentiasa begitu.

“Menjaga hubungan antara rakyat berlainan kaum, agama dan budaya bukan suatu perkara yang mudah, kita tidak boleh pandang ringan perkara ini.

“Akan ada dalam kalangan kita iaitu pihak yang cuba mengeruhka­n keharmonia­n ini untuk tujuan tertentu dan saya harap kita tidak akan biarkan diri kita terhasut dengan perkara sebegini,” katanya menerusi video ucapan sempena Tahun Baharu Cina 2019 yang dimuat naik pada laman sosial Facebook, semalam.

Pada paparan video itu, Dr Mahathir turut mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Malaysia terutama mereka yang berketurun­an Tionghua.

“Tahun Baharu Cina satu perayaan utama bagi kita, rakyat di negara Malaysia yang bertuah ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengajak seluruh rakyat untuk berikrar menjaga kestabilan, keharmonia­n serta keamanan negara.

“Marilah bersama kita berikrar untuk menjaga kestabilan, keharmonia­n serta keamanan dalam negara kita sayangi ini.

“Di hari yang gembira ini, saya harap kita semua akan teruskan tradisi kunjung-mengunjung rumah terbuka rakan dan taulan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia disarankan mengambil peluang sambutan perayaan ini bagi mengukuhka­n hubungan antara satu sama lain.

“Ambillah peluang ini untuk mengukuhka­n lagi tali persaudara­an antara kita, sesama kita rakyat Malaysia. Sekali lagi saya serta isteri mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia