Harian Metro

Dulu ditolong, kini membantu

- Redzuan Muharam redzuan.muharam@nstp.com.my

Pengalaman hidup dalam keadaan serba kekurangan ketika kecil selain disenaraik­an dalam kelompok asnaf fakir mendorong Abdul Mutalib Islan, 31, berbakti kepada masyarakat dengan bergiat aktif dalam aktiviti sukarelawa­n.

Abdul Mutalib yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor berkata, dia aktif menyertai aktiviti sukarelawa­n anjuran pelbagai kelab dan persatuan sejak di bangku sekolah lagi.

Menurutnya, aktiviti berkenaan bukan asing lagi dengan dirinya, cuma kini, dia tidak lagi bergelar peserta sebaliknya penganjur bermula dengan misi penyampaia­n bantuan di Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan pada 2014.

“Jika diimbas semula, saya mendapat galakan daripada guru kaunseling bagi menceburi aktiviti diminati.

“Bermula dengan menyertai pertanding­an deklamasi sajak di sekolah, saya kemudian terpilih mewakili negeri pula dan bertitik tolak dari situ, keyakinan saya bertambah,” katanya yang kini aktif mengambil tawaran sebagai pengacara majlis dan pelakon.

Abdul Mutalib berkata, selain kemahuan sendiri, pengalaman bekerja sebagai pegawai kutipan dan agihan zakat di Lembaga Zakat Selangor juga menjadi salah satu sebab yang mendorongn­ya untuk berbakti kepada masyarakat menerusi penganjura­n program sukarelawa­n.

“Sepanjang lima tahun bekerja di Lembaga Zakat Selangor, pelbagai pengalaman ditimba dan paling tidak dapat dilupakan ketika ditugaskan membuat kunjungan ke penempatan sebuah keluarga yang ketika itu tinggal di atas jeti.

“Keadaan keluarga berkenaan cukup menyentuh hati saya kerana ketika kunjungan dilakukan, keenam-enam anak mereka sedang mengulang kaji pelajaran dengan hanya diterangi cahaya lampu minyak tanah.

“Meskipun begitu, semua mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah dan saya percaya ramai lagi yang mengalami nasib sama. Menjadi tanggungja­wab saya untuk membantu masyarakat mendapatka­n kehidupan lebih baik,” katanya.

Menurutnya, selain misi penyampaia­n bantuan pascabenca­na, terdapat beberapa program sukarelawa­n yang dianjurkan seperti penyerahan beg sekolah untuk anak orang kurang upaya dan pelajar miskin menjelang bermulanya sesi persekolah­an.

Katanya, di samping menyerahka­n barangan keperluan, dia bersama sukarelawa­n terbabit turut memberi motivasi bagi memberi semangat kepada penerima dan mangsa bencana.

“Saya tidak mahu sekadar membantu meringanka­n beban mereka, sebaliknya akan cuba menceriaka­n penerima dengan perkongsia­n motivasi dalam bentuk santai.

“Bagi saya, pendekatan itu lebih baik untuk jangka masa

 Pengalaman hidup susah sedarkan

Abdul Mutalib beri sumbangan kepada masyarakat

panjang kerana mereka memerlukan sokongan masyarakat bagi meneruskan kehidupan.

“Meskipun sibuk dengan tawaran sebagai pengacara majlis, saya akan cuba bahagikan masa dengan sebaiknya untuk menganjurk­an program sukarelawa­n dan khidmat masyarakat walaupun dalam skala yang kecil kerana puas dapat membantu individu memerlukan,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Mutalib (tiga dari kanan) mengagihka­n bantuan kepada penerima.
ABDUL Mutalib (tiga dari kanan) mengagihka­n bantuan kepada penerima.
 ?? Abdul Mutalib Islan ?? Saya mendapat galakan daripada guru kaunseling bagi menceburi aktiviti diminati”
ANTARA aksi Abdul Mutalib dalam program sukarelawa­n selain memenuhi tawaran sebagai pengacara majlis.
Abdul Mutalib Islan Saya mendapat galakan daripada guru kaunseling bagi menceburi aktiviti diminati” ANTARA aksi Abdul Mutalib dalam program sukarelawa­n selain memenuhi tawaran sebagai pengacara majlis.
 ??  ?? GOLONGAN warga emas turut tidak dilupakan Abdul Mutalib.
GOLONGAN warga emas turut tidak dilupakan Abdul Mutalib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia