Harian Metro

Kasanova ‘sangkut’

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.c om.my

 Lelaki menyamar guru tipu teman wanita RM500,000 dicekup

Seorang guru kacak yang cuba memperdaya­kan kekasihnya supaya menyerahka­n wang persaraan ibu wanita itu berjumlah RM500,000 terjerat apabila ditahan polis di sebuah pusat beli-belah terkenal di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi, suspek berusia 35 tahun yang sudah berkahwin dan menyamar guru dari Seremban ditahan pasukan polis selepas kekasihnya membuat laporan apabila menyedari dirinya ditipu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, selain menahan suspek, polis merampas wang tunai RM21,250 dan sebuah Perodua Myvi bernilai RM60,000 dipercayai baharu dibeli menggunaka­n wang persaraan ibu mangsa.

“Manakala baki wang RM414,000 yang masih berada dalam akaun suspek turut dibekukan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 28 tahun mengenali suspek yang mengaku guru selama dua bulan menerusi laman sosial Tinder sebelum bercinta serta beberapa kali bertemu di daerah ini.

“Suspek memperdaya­kan mangsa kononnya dalam proses penjualan sebidang tanah bernilai RM5.5 juta dan memerlukan wang untuk bayaran guaman.

“Akibat terpedaya dengan pujuk rayu suspek yang berwajah kacak, mangsa membuat beberapa transaksi wang berjumlah RM500,000 ke akaun suspek menggunaka­n wang persaraan milik ibunya, namun selepas bayaran dilakukan suspek menghilang­kan diri dan gagal dihubungi.

“Mangsa membuat laporan 13 Januari lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azhan berkata, suspek direman hingga Khamis depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Katanya, semakan rekod mendapati suspek dikehendak­i dalam tujuh kes penipuan di negeri lain.

Berikutan itu, polis menasihatk­an orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpengaru­h atau terpedaya dengan orang baru dikenali melalui aplikasi laman sosial supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

 ?? Azhan Abdul Halim ?? Akibat terpedaya pujuk rayu suspek berwajah kacak, mangsa membuat transaksi wang berjumlah RM500,000 ke akaun suspek menggunaka­n wang persaraan ibunya”
Azhan Abdul Halim Akibat terpedaya pujuk rayu suspek berwajah kacak, mangsa membuat transaksi wang berjumlah RM500,000 ke akaun suspek menggunaka­n wang persaraan ibunya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia