Harian Metro

Siasatan kes tuntutan palsu lima penjawat awam hampir selesai

-

Siasatan kes tuntutan palsu dan suapan lapan individu termasuk lima penjawat awam kontrak perniagaan di FELDA Trolak dan Majlis Daerah Kerian (MDK) hampir selesai.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Zainul Darus berkata, hingga kini tiada tangkapan baru dilakukan berkaitan kedua-dua kes berkenaan.

“Siasatan hampir selesai, ia tengah dikemas kini dan diteruskan,” katanya menerusi mesej di sini, semalam.

Pada 11 November lalu, SPRM menahan empat individu iaitu tiga kakitangan MDK terdiri daripada dua lelaki berusia serta seorang wanita bersama seorang kontraktor wanita .

Tiga penjawat awam itu disyaki menggunaka­n kedudukan mereka untuk mendapatka­n suapan dalam urusan Jawatankua­sa Penilaian Sebutharga MDK bagi pembekalan lima unit motosikal beroda tiga untuk kutipan sampah pada harga RM16,500 seunit.

Zainul dilaporkan berkata, pembekalan motosikal itu dibuat syarikat kroni yang disyorkan mereka dengan harga tidak munasabah kerana jauh lebih mahal berbanding harga pasaran sekitar RM8,000 seunit.

Orang ramai sedia memberikan kerjasama melaporkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana tidak mahu timbul masalah pada kemudian hari.

Peniaga restoran, Ahmad Nabil Said berkata, dia secara sukarela melaporkan jumlah pendapatan tahunan perniagaan­nya kepada LHDN bagi memudahkan urusannya pada masa depan.

“Sejak saya berniaga, saya memang menjaga urusan kewangan perniagaan dengan baik dan mengaudit hasil pendapatan restoran.

“Sebagai rakyat negara ini, saya akan melaksanak­an tanggungja­wab sebagai

 ??  ?? ZAINUL
ZAINUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia