Harian Metro

Sedia lapor sukarela

- Nor Akmar Samudin akmar@nstp.com.my

 Orang ramai terutama peniaga sambut baik program PKPS

pembayar cukai.

“Jika kita sendiri tidak berbuat demikian pun, LHDN pasti menyimpan rekod pendapatan individu dan syarikat, jadi tidak perlu kita sengaja mengelak daripada membayar cukai.

“Saya tidak mahu masalah lain timbul dua tiga tahun kemudian apabila LHDN memeriksa fail saya dan mendapati ada cukai tertunggak. Sudah pasti, saya terpaksa membayar cukai dan denda yang akan lebih merugikan saya nanti,” katanya di restoranny­a, semalam.

Sementara itu, Atikah Saadon yang mengusahak­an perniagaan pakaian berkata, dia sedia memberikan kerjasama kepada LHDN kerana tidak mahu nama atau perniagaan­nya dikenakan tindakan atau disenaraih­itamkan hingga menyukarka­n dia untuk berurusan dengan pihak lain.

“Sebaik saja saya menerima surat Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS), saya terus pergi ke kaunter LHDN.

“Saya mahu rekod perniagaan saya bersih dan tidak mahu mengundang padah jika enggan membayar cukai,” katanya.

Dalam tinjauan di kaunter LHDN di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Pudu Raya, pegawai bertugas memberitah­u, orang ramai menyambut baik program itu dan ramai yang datang melaporkan jumlah pendapatan mereka.

“Orang ramai juga boleh melakukan urusan menyemak atau melaporkan pendapatan mereka secara dalam talian iaitu e-Filing LHDNM.

“Kepada mereka yang pernah mendaftar e-Filing, tetapi terlupa kata laluan, ia boleh diset semula dalam talian. Setiap arahan dan langkah ada di situ.

“Bagi individu yang mempunyai gaji atau upah bulanan berjumlah RM4,000 dan ke atas saja yang diwajib melaporkan pendapatan mereka serta kepada peniaga yang berpendapa­tan tahunan lebih RM40,000,” katanya.

Terdahulu dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n LHDN, pembayar cukai yang menerima surat atau e-mel berhubung Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) daripada LHDN perlu menghubung­i pihak berkenaan untuk mendaftark­an diri sebagai pembayar cukai.

 ??  ?? ORANG ramai boleh menyemak dan melaporkan pendapatan mereka menerusi e-Filing LHDN.
ORANG ramai boleh menyemak dan melaporkan pendapatan mereka menerusi e-Filing LHDN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia