Harian Metro

Tujuh polis peras pengurus

- Hadzlihady Hassan cnews@nstp.com.my

 Anggota unit pelanconga­n kini ditukar kepada kerja-kerja dalam balai

Tujuh anggota polis pelancong ditahan selepas memeras ugut seorang pengurus hotel di Lorong Argyll, Georgetown, dekat sini, dua minggu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasaga­ran berkata, semua tujuh anggota polis pelancong berkenaan kini ditukarkan dari unit terbabit untuk melakukan tugas di balai.

“Setakat ini kita sedang menunggu kertas siasatan yang sedang dilengkapk­an dan akan merujuk kepada timbalan pendakwa raya bagi tindakan selanjutny­a.

“Buat sementara waktu ini, tujuh anggota terbabit tidak dibenarkan melakukan tugas di luar sementara menunggu siasatan penuh dilakukan,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Op Selamat Tahun Baharu Cina 2019 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 malam,25 Januari lalu, tujuh anggota polis pelancong terbabit menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan melakukan pemeriksaa­n dalam telefon bimbitnya. Mereka kemudian menemui video lucah dalam telefon bimbit lelaki yang bekerja sebagai pengurus hotel itu sebelum meminta dia memberikan wang sekiranya tidak mahu ditahan.

Mangsa yang bimbang dicekup kemudian membayar RM2,000 dan dia membuat laporan polis selepas itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis pelancong terbabit.

Sementara itu, Narenasaga­ran berkata, sebanyak 5,048 saman dikeluarka­n sepanjang Op Selamat Tahun Baharu Cina 2019 yang bermula 29 Januari lalu dengan 3,168 daripadany­a berkaitan enam kesalahan utama penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

“Seramai lima pemandu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol manakala enam kes direkodkan berkaitan tangkapan samseng jalanan,” katanya.

 ??  ?? NARENASEGA­RAN (kiri) memberi cenderahat­i kepada pemandu sempena 0p Selamat
Tahun Baharu Cina 2019.
NARENASEGA­RAN (kiri) memberi cenderahat­i kepada pemandu sempena 0p Selamat Tahun Baharu Cina 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia