Harian Metro

Usaha dua sahabat buah hasil Pak Wan si penarik beca tua

-

Melaka: Walaupun lebih 50 tahun berkayuh, warga emas Mohamed Rusdi, 77, tetap tabah menarik beca demi memastikan rezeki halal untuk diri dan keluarga.

Dikenali sebagai Pak Wan yang juga penarik beca tertua di Melaka, dia keluar berkayuh selepas Subuh setiap hari dan mula mengambil penumpang di bangunan merah Stadhuys Bandar Hilir, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Pak Wan berkata, tiada istilah cuti dalam hidupnya dan membawa pelanggan baik pelancong tempatan mahupun luar negara ke destinasi yang diingini.

Pada usia ini, Pak Wan juga tidak berdepan masalah berkayuh lebih dua kilometer setiap pusingan, mengelilin­gi kawasan pelanconga­n Bandar Hilir.

“Biasalah ada waktunya banyak pusingan dan ada masanya memadai satu, dua pusingan atau tidak ada langsung.

“Inilah lumrah penarik beca dan rezeki masing-masing sudah ditetapkan. Saya juga tidak bimbang persaingan dengan adanya lebih 300 penarik beca yang lain,” katanya, yang menetap di Klebang.

Sebagai penarik beca warga emas, Pak Wan berkata,

 Anak muda berjaya buka bengkel baiki bot, sampan dengan modal sendiri

berkayuh pada usia seperti itu perlu disesuaika­n dengan faktor umur dan tidak perlu berlagak seperti orang muda.

Katanya, prinsip inilah dipegangny­a sehingga mampu bertahan dan tidak mengalami kecederaan tulang atau kekejangan otot.

Sambil mengakui tuahnya juga atas sokongan tidak berbelah bahagi isteri Salmah Mohd, 73, serta lima anak masing-masing sudah berkeluarg­a, yang tidak pernah menghalang minat berkayuh itu.

Begitupun, Pak Wan gemar mengisi masa terluang sementara mendapatka­n pelanggan dengan membaca kitab agama.

Justeru, setiap hari penarik beca paling otai itu membawa sebuah kitab tulisan jawi untuk dibaca bagi menambah ilmu agama.

Katanya, dia memiliki lebih 10 kitab yang disimpan di rumah yang menjadi panduan kehidupan sebelum meninggal dunia.

Menurut Pak Wan, antara pengalaman menarik sepanjang menjadi penarik beca termasuk dibayar lebih daripada harga sepatutnya, sementara pengalaman pahit pula pelanggan ‘lari’ selepas sampai ke destinasi.

“Ada juga yang berjanji untuk membayar berikutan tiada wang kecil namun selepas menunggu hampir dua jam, kelibat mereka tidak kelihatan langsung.

“Setakat ini saya bersyukur tidak mengalami masalah kesihatan cuma batuk atau selesema,” katanya yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

 ??  ?? PAK Wan membaca kitab agama sementara menunggu pelanggan.
PAK Wan membaca kitab agama sementara menunggu pelanggan.
 ??  ?? OSMAN mengecat bot di bengkel baik pulih bot dan sampan di Kampung Sungai
Muka Dua, Mersing.
OSMAN mengecat bot di bengkel baik pulih bot dan sampan di Kampung Sungai Muka Dua, Mersing.
 ?? Pak Wan ?? Inilah lumrah penarik beca dan rezeki masing-masing sudah ditetapkan. Saya tidak bimbang persaingan dengan adanya lebih 300 penarik beca yang lain”
Pak Wan Inilah lumrah penarik beca dan rezeki masing-masing sudah ditetapkan. Saya tidak bimbang persaingan dengan adanya lebih 300 penarik beca yang lain”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia