Harian Metro

Peneroka maut, isteri parah dirempuh

-

Pekan: Peneroka FELDA maut manakala isterinya parah selepas Perodua Kancil dinaiki mereka dirempuh sebuah Perodua Bezza di Kilometer 5, Jalan Pekan-Nenasi di sini, jam 11.55 pagi, semalam.

Mangsa, Mat Amin Abdullah, 78, maut di lokasi kejadian manakala isterinya, Faridah Ali Hussein, 61, patah tangan kanan dikejarkan ke Hospital Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superinten­dan Amran Sidek berkata, siasatan awal pihaknya mendapati Perodua Bezza dinaiki suami isteri dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor menghala Kuantan terbabas lalu masuk ke laluan bertentang­an.

“Ketika itu warga emas berkenaan dan isteri dalam perjalanan dari bandar Pekan ke Sungai Miang, sebelum kereta mereka dilanggar Perodua Bezza di bahagian sisi sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Amran berkata, pemandu Perodua Bezza Wan Nurul Hanifah W Hibadullah, 27, cedera di kepala, suaminya, Muhammad Fadzil Hashim, 30, cedera di badan dan kedua-dua mangsa turut menerima rawatan di Hospital Pekan.

Katanya, siasatan di lokasi kemalangan mendapati permukaan jalan rata dan lurus serta ketika kejadian cuaca cerah.

Menurutnya, mayat peneroka berkenaan dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan. Selain itu, kami akan mengambil keterangan mangsa yang cedera dan saksi bebas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEDUA-dua kenderaan yang terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Pekan-Nenasi remuk.
KEDUA-dua kenderaan yang terbabit kemalangan di Kilometer 5, Jalan Pekan-Nenasi remuk.
 ?? Nanda Maarof ?? Pemeriksaa­n awal mendapati mangsa dipercayai terbabas sendiri ke kiri jalan dan tercampak ke tali air bersama motosikal ditunggang­nya”
Nanda Maarof Pemeriksaa­n awal mendapati mangsa dipercayai terbabas sendiri ke kiri jalan dan tercampak ke tali air bersama motosikal ditunggang­nya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia