Harian Metro

Pulangkan RM95,000

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

 Wanita palsu tandatanga­n jual tanah milik lima beradik

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam mengarahka­n seorang wanita memulangka­n semula hasil jualan tanah bernilai RM95,000 milik lima beradik yang dijual tanpa pengetahua­n.

Selain itu, Hanisah Mohd, 49, selaku defendan turut diarahkan membayar lain-lain kos berjumlah RM15,000 seperti termasuk ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan kos guaman semua plaintif.

Mahkamah turut membatalka­n pendaftara­n hak milik tanah pusaka sebelum ini yang diletakkan atas nama wanita terbabit.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati Hanisah melakukan penipuan dalam urus niaga menjual enam lot tanah pusaka milik lima beradik itu tanpa pengetahua­n.

Defendan sebelum ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik lima beradik itu tanpa pengetahua­n dengan cara menipu tandatanga­n tiga dari mereka ketika proses jual beli tanah di Kemasik, Kemaman.

Jabatan Kimia turut mengesahka­n semua tandatanga­n pada setiap dokumen jualan tanah berkenaan adalah palsu.

Sebelum ini, Muhazian Mohd, 42, mewakili Mohd Kamal Mohd yang sudah meninggal dunia, Mohd Zainuddin Mohd, 35, Mohd Hairul Nizam Mohd, 30 dan Nor Azahar Mohd, 52, selaku plaintif, memfailkan pernyataan tuntutan menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong @ Associates dan Saiffuddin Othman.

Pernyataan difailkan pada 17 Januari 2017 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengandung­i sembilan tuntutan itu mendapat persetujua­n daripada Zainal Azman yang menghakimi tuntutan itu.

Dalam tuntutan itu, plaintif turut menamakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, selaku defendan kedua.

Mahkamah bersetuju dengan semua tuntutan yang dibuat antaranya membabitka­n bayaran kerugian jualan tanah pusaka dan kos guaman semua plaintif.

 ??  ?? MOHD Zubir (kanan) berbincang dengan ahli keluarga daripada lima beradik (plaintif) di luar kamar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.
MOHD Zubir (kanan) berbincang dengan ahli keluarga daripada lima beradik (plaintif) di luar kamar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia