Harian Metro

Risau anak cenderung kepada agama lain

-

Alor Setar: Seorang pekerja kilang membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam untuk mengubah perintah hak penjagaan kekal dua anak kandungnya yang sebelum ini diberikan kepada bekas suaminya kepada dirinya dalam menjaga masa depan serta keselamata­n anaknya itu.

Wanita terbabit, Noryati Bakar, 51, yang bertindak selaku plaintif memfailkan permohonan berkenaan menerusi peguam syarie, Ahmad Nawawi Ghazali pada 24 Januari lalu.

Noryati dan bekas suaminya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 51 tahun selaku defendan hadir dalam proses perbincang­an atau sulh yang dikendalik­an pegawai sulh, Faizal Mahayudin di mahkamah itu.

Ahmad Nawawi berkata, plaintif membuat permohonan untuk mengubah keputusan yang memberikan hak penjagaan kekal anak perempuan dan lelakinya berusia sembilan dan 14 tahun kepada bekas suaminya yang juga defendan seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 30 Jun 2014 kerana beberapa alasan.

“Antara dakwaan itu adalah pengabaian anaknya itu yang didapati kerap tidak hadir ke sekolah, selain itu juga defendan didakwa memperguna­kan anak untuk mengutip sumbangan dari rumah ibadat bukan Islam selain rumah yang didiami defendan serta dua anaknya itu didakwa kerap dikunjungi mubaligh Kristian.

“Plaintif berasa bimbang dengan keadaan dan keselamata­n dua anaknya itu yang ditakuti cenderung kepada agama lain berdasarka­n tindakan defendan sebelum ini bertindak membuat permohonan berhubung hak penjagaan anak ini.

“Plaintif yang hanya menyara hidup dengan bekerja di sebuah kilang di Perai, Pulau Pinang akan memohon supaya kes ini disegeraka­n demi kepentinga­n dua anaknya itu sama ada hak jagaan itu dapat diserahkan kepada pihaknya atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurutnya, defendan mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabka­nnya tempang dan didakwa tidak bekerja serta disahkan bercerai dengan plaintif dua tahun lalu selepas tidak tinggal sebumbung sejak 2012.

Selain itu, defendan dinasihatk­an untuk melantik peguam dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Mac nanti di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar, Amiruddin Putra Zainol Abidin.

Sementara itu, Noryati yang ditemui media berharap agar kes berkenaan dapat dijalankan dengan secepat mungkin demi masa depan dua anaknya itu.

“Saya juga dimaklumka­n bahawa anak lelaki saya yang mengalami masalah pembelajar­an juga masih belum berkhatan,” katanya.

 ??  ?? NORYATI (kiri) fail permohonan untuk mengubah perintah hak penjagaan kekal dua anak kandungnya.
NORYATI (kiri) fail permohonan untuk mengubah perintah hak penjagaan kekal dua anak kandungnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia