Harian Metro

Peniaga kesal akidah dipersenda

-

Johor Bahru: Seorang peniaga kesal dengan tindakan netizen menfitnah restoranny­a yang didakwa menggunaka­n tangkal pelaris, sedangkan mereka tidak pernah berbuat demikian sejak menjalanka­n perniagaan makanan 17 tahun lalu.

Pemilik restoran As-Salam, Abdul Salam Mohd, 44, berkata, memang benar dalam operasi bersepadu membabitka­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Pejabat Kesihatan Daerah Pontian dan Majlis Daerah Pontian (MDP) pada 30 Januari lalu, pihaknya menerima empat saman atas pelbagai kesalahan.

“Saya akui kami disaman atas pelbagai kesalahan termasuk penyediaan makanan, kebersihan persekitar­an dan tidak mempamerka­n harga. Kami bersalah dan akur selain cuba baiki kelemahan.

“Tetapi, masalah lain timbul selepas sidang media di hadapan restoran kami apabila kenyataan pegawai penguat kuasa menemui tangkal atau wafaq pelaris pada salah satu restoran diserbu dalam operasi ini tanpa menyatakan lokasi restoran berkenaan.

“Kekeliruan berlaku apabila berita dan gambar disiarkan di akhbar walaupun tidak tertera siapa menggunaka­nnya, netizen mula mengecam dan mendakwa restoran kami melakukan perkara terkutuk ini sedangkan kami tidak pernah berbuat demikian,” katanya, semalam.

Menurutnya, lebih malang apabila ada pihak yang mengubah suai siaran akhbar dan menambah nama restoranny­a sebelum dimuat naik ke laman sosial Facebook dan ditularkan kepada orang ramai.

Katanya, akibat perbuatan netizen itu, dia dan keluarga kini malu berdepan orang ramai terutama anak-anak di sekolah atau ke masjid kerana fitnah dilakukan membabitka­n akidahnya sebagai umat Islam.

“Saya tidak malu mengaku kesalahan saya dan disaman kerana melakukan kesalahan itu. Saya faham pihak berkuasa hanya menjalanka­n tugas mereka.

“Pada sidang media mereka (penguat kuasa) tidak beritahu siapa yang menggunaka­n tangkal berkenaan, namun tindakan netizen sewenang-wenangnya menfitnah restoran saya hanya kerana sidang media itu dilakukan di hadapan kedai kami.

“Sedangkan pengguna sebenar tangkal sudah tidak berniaga sejak operasi dilakukan.

“Ada pula yang mendakwa saya ke Indonesia mendapatka­n tangkal itu. Memang benar saya selalu ke Indonesia kerana mempunyai dua cawangan restoran di Surabaya, Indonesia, dan perlu memantau perkembang­an perniagaan setiap bulan, bukannya mencari barang yang salah di sisi agama,” katanya.

Menurutnya, disebabkan mempunyai restoran di Indonesia, ketiga-tiga cawangan As-Salam di Johor mempunyai ramai pekerja Indonesia berbanding kedai mamak lain yang rata-rata menggaji pekerja dari India atau Bangladesh.

Malah, katanya, makanan paling digemari di restoranny­a nasi ayam penyet menggunaka­n resipi pekerja dari Indonesia dan rojak yang menggunaka­n resipi keluarga.

 ??  ?? ABDUL Salam menunjukka­n saman yang diterima dan laporan polis yang dibuat, semalam.
ABDUL Salam menunjukka­n saman yang diterima dan laporan polis yang dibuat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia