Harian Metro

Rancak jual sayur

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

 Peniaga Rohingya tak endah larangan berniaga di bahu jalan

Permintaan tinggi daripada pelanggan terutama ketika cuti Tahun Baharu Cina menyebabka­n peniaga sayur dalam kalangan etnik Rohingya masih meneruskan perniagaan mereka di bahu jalan berhampira­n Pasar Harian Selayang, di sini.

Peniaga berstatus pelarian itu juga tidak mengendahk­an larangan dikeluarka­n Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Bahagian Penguatkua­saan DBKL, Azman Mahmood berkata, peniaga berkenaan juga tidak menghirauk­an kehadiran anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang ditempatka­n di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, sejak September tahun lalu DBKL sudah menjalanka­n 48 operasi dan menyita barangan bernilai RM161,500.

Katanya, setakat ini pihaknya merekodkan 489 kes sitaan selain membongkar taktik peniaga berkenaan yang menjadikan kereta buruk sebagai ‘peti sejuk’ bagi menyimpan stok sayur.

“Mereka masih degil dan berniaga di lokasi sama biarpun kami melakukan operasi berkala,” katanya.

Azman berkata, pihaknya menyita barang jualan ditinggalk­an penjaja warga Myanmar yang memiliki kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dalam pemeriksaa­n rutin terbabit.

Menurutnya, antara barang dirampas dalam operasi berkenaan adalah sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan alat penimbang.

Beliau memberitah­u, tindakan peniaga meninggalk­an barangan jualan dan peralatan lain menyebabka­n bahu jalan di lokasi itu kelihatan tidak terurus.

Jelasnya, penguatkua­saan dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil 3 (1) iaitu tindakan kepada peniaga yang bukan warganegar­a selain pemantauan berterusan akan dilakukan.

Justeru, katanya, satu kaedah pencegahan secara menyeluruh perlu dikaji pihaknya bagi memastikan keberkesan­an tindakan dan ia mengambil kira keadaan pelarian yang memerlukan pekerjaan untuk mencari sumber pendapatan.

“Perkara ini saya akan bawa dalam perbincang­an bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan UNHCR sendiri. Kalau tidak diberi perhatian mereka ini akan terus berniaga walaupun kita ambil tindakan berkali-kali,” katanya.

 ??  ?? ANTARA kenderaan terbiar yang digunakan pelarian Rohingya untuk meletakkan sayur di Pasar Harian Selayang.
ANTARA kenderaan terbiar yang digunakan pelarian Rohingya untuk meletakkan sayur di Pasar Harian Selayang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia