Harian Metro

Mahu Selangor selamat didiami

-

Alam: Berusaha menurunkan indeks jenayah dan menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang selamat untuk didiami daripada kegiatan menyalahi undang-undang.

Itu antara strategi dan fokus utama Ketua Polis Selangor baharu, Datuk Noor Azam Jamaludin yang mengambil alih tugas jawatan itu berkuat kuasa semalam, menggantik­an Datuk Mazlan Mansor yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Katanya, beliau yang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum ini mengakui kadar jenayah di negeri ini amat berbeza.

“Berbekalka­n pengalaman sebagai bekas Ketua Polis Daerah Shah Alam selama empat tahun, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memerangi jenayah termasuk aktiviti perjudian,” katanya.

“Namun, ia tidak boleh hanya dilakukan bersendiri­an dan warga polis turut memerlukan bantuan media serta orang ramai untuk menyalurka­n sebarang maklumat bagi membolehka­n sesuatu tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas serah tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) yang disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Kata Noor Azam, beliau tekad untuk meneruskan legasi Mazlan yang berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 16 peratus tahun lalu.

“Ia mungkin bukan perkara mudah, namun saya percaya sasaran sama mampu dicapai dengan kerjasama daripada semua pihak.

“Bagi saya, apa yang penting adalah memastikan keselamata­n dan kesejahter­aan awam terus terjamin sekali gus menjadikan Selangor selamat untuk didiami,” katanya. Pelabuhan Klang: Kegiatan sebuah kapal mengorek pasir tanpa permit di perairan Tanjung Rhu, Telok Panglima Garang, dekat sini, mengundang padah apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM), Sabtu lalu.

Dalam Ops Gelora Khas bermula jam 1.50 tengah hari itu, sebanyak 1,500 tan pasir termasuk kapal korek berkenaan dianggarka­n berjumlah RM1 juta disita untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sepasukan pegawai dan anggota mendapati kapal itu sedang mengorek pasir di dasar laut perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n kemudian menahan seorang kapten dan lima kru kapal warga China berusia 26 hingga 54 tahun yang berada di atas kapal terbabit.

“Selain itu, kita menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 34 tahun yang ditugaskan untuk melakukan kerja penyelengg­araan.

“Pemeriksaa­n di bahagian dek hadapan kapal itu turut menemui timbunan pasir laut dipercayai hasil daripada aktiviti mengorek pasir,” katanya di Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) KDNKA Bukit Aman, Datuk Mohd Fisol Salleh; Ketua KDNKA Gerakannya, Datuk Zulkiffli Salleh dan Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superinten­dan Khairuddin Jamal.

Katanya, kapten kapal itu turut gagal mengemukak­an dokumen atau permit daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor untuk mengambil pasir di kawasan itu, malah memberi alasan ia disimpan di pejabat syarikat.

“Siasatan lanjut mendapati syarikat itu didaftarka­n di Lome, Republik Togo, Afrika Barat dan disewakan oleh sebuah syarikat tempatan di Taman Prima Puchong, Selangor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia