Harian Metro

‘Tak sempat serah duit’

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Belum sempat disalurkan kepada penerima, wang sumbangan tabung kemanusiaa­n sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM10,000 lesap dilarikan penjenayah dalam kejadian pecah rumah di Taman Permata di sini, kelmarin.

Kejadian disedari mangsa yang juga Pengerusi Green Project Malaysia, Mohd Asri Abdul Khalek, 45, selepas memeriksa keadaan rumahnya, jam 10 malam.

Mohd Asri berkata, dia bersama ahli keluarga pulang ke kampung di Karak, Pahang, pagi kelmarin dan pulang ke rumahnya sebelum mendapati bahagian dapur berselerak.

“Saya perasan jeriji tingkap di bahagian dapur ada kesan diumpil. Bilik tidur juga didapati berselerak.

“Saya mendapati dua tabung sumbangan untuk disalurkan kepada pelarian di Syria yang diletakkan dalam bilik tidur utama hilang.

“Dianggarka­n setiap tabung itu mengandung­i wang tunai RM5,000 yang sepatutnya disalurkan kepada mereka selepas cuti Tahun Baharu Cina,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, wang tunai miliknya berjumlah RM10,000 dan barang keman turut lesap dilarikan penjenayah yang memecah masuk rumahnya.

“Secara keseluruha­nnya kerugian dianggarka­n RM20,000 selepas dua tabung sumbangan dan wang tunai dan barang kemas milik saya dilarikan penjenayah terbabit.

“Sebelum ini, saya pernah berdepan insiden hampir sama apabila kereta diletakkan di halaman rumah dipecah penjenayah yang melarikan pembesar suara dan pemain cakera padat (CD),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi, semalam,

 Penjenayah pecah masuk rumah pengerusi Green Project Malaysia larikan RM20,000

mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

 ??  ?? JERIJI tingkap dapur rumah mangsa yang diumpul penjenayah.
JERIJI tingkap dapur rumah mangsa yang diumpul penjenayah.
 ??  ?? BILIK tidur turut berselerak.
BILIK tidur turut berselerak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia