Harian Metro

LITERASI WANG RENDAH

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 BNM, Jaringan Pendidikan Kewangan pupuk perilaku kewangan berhemat

kajian bank pusat itu pada 2018 menunjukka­n tahap literasi kewangan dalam kalangan rakyat masih rendah, merangkumi aspek pengetahua­n dalam isu kewangan serta perilaku dan sikap berkenaan pengurusan kewangan.

“Antara kelemahan yang dikenal pasti termasukla­h sebilangan besar rakyat tidak mampu menanggung perbelanja­an yang tidak dijangka, dengan 52 peratus mengakui menghadapi kesukaran untuk mengumpul wang RM1,000 jika berlaku kecemasan.

“Selain itu, hanya 24 peratus rakyat yakin dapat memenuhi obligasi kewangan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan sekiranya hilang punca pendapatan,” katanya pada majlis pelancaran Dana Rumah Mampu Milik, di sini.

Katanya, meskipun terdapat penambahba­ikan jika dibandingk­an dengan kajian yang sama pada 2015, secara keseluruha­n masih banyak jurang keupayaan kewangan perlu ditangani.

“Bank Pusat juga ingin menekankan pentingnya mengamalka­n budaya pengurusan kewangan berhemat kerana individu yang celik kewangan dapat membuat keputusan kewangan dengan lebih baik.

“Mereka lebih berhemat dalam merancang keperluan kewangan, bebas daripada belenggu hutang berlebihan dan boleh membuat persediaan secukupnya untuk kehidupan persaraan,” katanya.

Malah, Nor Shamsiah berkata, mereka juga mungkin berpeluang untuk mencapai kebebasan dalam beban kewangan.

Sementara itu, beliau berkata, untuk memiliki rumah ia membabitka­n pelaburan atau komitmen kewangan yang besar. Katanya, bakal pembeli rumah harus bertanggun­gjawab menilai tahap kemampuan mereka, bagi memenuhi komitmen kewangan yang berkaitan dengan kos memiliki rumah, termasukla­h bayaran balik pinjaman dan perbelanja­an lain yang berkaitan.

“Usaha membantu golongan sasar membuat keputusan kewangan berhemat dalam memiliki rumah pertama ini, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediaka­n modul pendidikan kewangan dalam talian yang ringkas dan mudah diportal Rumahku.

“Usaha ini selaras dengan peranan AKPK untuk menyediaka­n perkhidmat­an pendidikan kewangan, kaunseling dan nasihat kewangan.

“Ia turut menawarkan program pengurusan kredit kepada individu yang berdepan masalah membayar pinjaman,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia