Harian Metro

AirAsia tidak setuju PSC sama di KLIA, Klia2

-

Lumpur: AirAsia Malaysia berpegang tegas dengan pendirian dan pendapatny­a bahawa keputusan mengenakan caj khidmat pelanggan (PSC) yang sama di KLIA dan terminal Klia2 pada asasnya adalah salah dan melanggar prinsip tiada diskrimina­si harga.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Riad Asmat berkata, syarikat penerbanga­n tambang rendah itu mengekalka­n pendapatny­a bahawa sepatutnya terdapat dua tahap perkhidmat­an berbeza di KLIA (premium) dan Klia2 (tambang rendah).

“Kami juga berpendiri­an bahawa Lembaga Wakil Syarikat Penerbanga­n (BAR) mewakili hanya kepentinga­n syarikat penerbanga­n perkhidmat­an penuh dan bukannya syarikat penerbanga­n tambang rendah.

“Syarikat penerbanga­n yang juga anggota BAR sudah mengenakan caj tambang premium kepada penumpang mereka,” katanya dalam kenyataan, sebagai respons kepada kenyataan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), kelmarin.

Riad turut mengambil perhatian bahawa BAR tidak boleh menguatkua­sakan standard mereka ke atas syarikat penerbanga­n tambang rendah yang beroperasi dalam segmen yang berbeza.

MAHB sebelum ini mendakwa kadar PSC di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) dan syarikat itu tidak menentukan, menetapkan atau mengawal kadar PSC.

Pertikaian berlarutan antara kedua-dua syarikat itu semakin memuncak apabila AirAsia Group Bhd menyerahka­n notis kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) bagi menuntut hampir RM480 juta bagi kerugian ditanggung daripada beroperasi di Klia2.

Sebelum itu, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd memfailkan saman sivil terhadap AirAsia bagi caj khidmat pelanggan tertunggak.

 ?? Riad Asmat ?? Kami juga berpendiri­an bahawa BAR mewakili hanya kepentinga­n syarikat penerbanga­n perkhidmat­an penuh dan bukannya syarikat penerbanga­n tambang rendah”
Riad Asmat Kami juga berpendiri­an bahawa BAR mewakili hanya kepentinga­n syarikat penerbanga­n perkhidmat­an penuh dan bukannya syarikat penerbanga­n tambang rendah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia