Harian Metro

Sasar 2 juta pelanggan

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 Coway tekad kembang perniagaan penapis air di Asia Tenggara

Pakar penjagaan air dan udara, Coway menyasarka­n untuk mencapai dua juta pelanggan merentasi pasaran Asia Tenggara pada 2019, sekali gus memenuhi misi dalam memastikan setiap individu menikmati gaya hidup lebih baik.

Pengarah Urusan Coway (M) Sdn Bhd (Coway Malaysia), Kyle Choi Ki Ryong berkata, pada tahun ini syarikat merancang memperkena­lkan beberapa model baharu dan mengembang­kan perniagaan menjangkau­i produk penjagaan air.

Malah, katanya, tahun lalu, Coway Malaysia mencatatka­n satu lagi kejayaan apabila mencapai satu juta pelanggan pada pertengaha­n Disember tahun lalu.

Menurutnya, syarikat itu merekodkan 64 peratus peningkata­n dalam pendapatan jualan tahunan dari RM789 juta pada 2017 kepada RM1.29 bilion pada tahun lalu.

“Pencapaian cemerlang ini bersandark­an kepada jualan daripada produk penjagaan air yang menyumbang sebanyak 75 peratus kepada pendapatan keseluruha­n syarikat.

“Sebagai pasaran kedua terbesar untuk Coway, rakyat Malaysia terus menjadi penyokong kuat kepada jenama ini dalam tempoh 12 tahun kami berada di Malaysia.

“Oleh itu, kami sentiasa berinovasi, menyesuaik­an diri dan menawarkan produk berdasar kepada keperluan penduduk negara ini bagi menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Antara penyumbang kepada prestasi memberangs­angkan itu adalah produk penulen air OMBAK, yang direka khusus bagi keperluan rakyat Malaysia malah menerima maklum balas baik sejak pelancaran­nya pada November tahun lalu.

Beliau berkata, kerja keras oleh pasukan Coway, seperti Coway Ladies (CODYs), juruteknik, unit penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan jualan berjaya mendapat kepercayaa­n daripada orang ramai.

“Dipacu oleh tujuan untuk berkhidmat kepada seluruh pengguna Malaysia, setiap seorang dalam pasukan mempunyai peranan dalam membina kepercayaa­n kepada pelanggan baru dan sedia ada Coway.

“Dalam mendapatka­n kepercayaa­n, ia juga dipacu oleh usaha pasukan jualan kami dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada pengguna mengenai kepentinga­n air yang bersih dalam kehidupan,” katanya.

Katanya, 2018 adalah satu tempoh yang cemerlang buat Coway Malaysia yang mana ia adalah bersandark­an kepada sokongan berterusan daripada rakyat di negara ini.

 ??  ?? KYLE (kiri) melancarka­n Ombak Water Purifier di Sunway Lagoon, semalam.
KYLE (kiri) melancarka­n Ombak Water Purifier di Sunway Lagoon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia