Harian Metro

BMW mahu ulang rekod jualan cemerlang tahun ini

-

BMW Group Malaysia menyasarka­n untuk sekali lagi mengulangi rekod jualan cemerlangn­ya di negara ini pada 2019, sekali gus mengulangi prestasi pada tahun lalu.

Ketua Komunikasi Korporatny­a, Sashi Ambi, berkata rekod jualan 14,338 unit yang dicapai tahun lalu menjadi sandaran syarikat untuk dikekalkan tahun ini.

“Kami menyasarka­n untuk menyamai rekod jualan BMW Group Malaysia tahun 2018. Namun untuk melepasi angka itu agak mencabar.

“Banyak cabaran yang akan dihadapi tidak hanya kami malah jenama lain dan industri automotif tahun ini disebabkan persekitar­an ekonomi yang mencabar.

“Bagaimanap­un, kita akan menggunaka­n langkah dan strategi yang ditetapkan untuk mendepani cabaran ini,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran kemudahan pengecas BMW i di sini, baru-baru ini.

Kemudahan itu dilancarka­n oleh Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl.

Tahun lalu, BMW Group Malaysia menjual 14,338 unit merangkumi 12,008 unit kereta BMW, 1,200 unit MINI dan 1,130 unit BMW Motorrad.

Ia 13 peratus lebih tinggi berbanding 12,681 unit yang dicatatkan pada 2017, sekali gus mencatatka­n pertumbuha­n jualan positif tahun kelapan berturut-turut.

Sashi berkata, BMW Group Malaysia akan memperkena­lkan pelbagai model dan varian baharu tahun ini bagi meningkatk­an pilihan pelanggan.

“Jika tahun lalu sebanyak 12 model atau varian baharu diperkenal­kan, tahun ini kami menjangkak­an jumlahnya lebih kurang sama,” katanya.

 ??  ?? PENGARAH Urusan BMW Malaysia, Harald Hoelzl melancarka­n Kemudahan Pengecas BMW i di Bangsar.
PENGARAH Urusan BMW Malaysia, Harald Hoelzl melancarka­n Kemudahan Pengecas BMW i di Bangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia