Harian Metro

PERODUA sangkal spekulasi harga Aruz

-

Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menegaskan bahawa pihaknya akan mengekalka­n harga Perodua Aruz dan spekulasi peningkata­n harga bagi model berkenaan tidak benar.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, pihaknya menyangkal spekulasi bahawa akan berlaku peningkata­n harga Perodua Aruz.

“Saya ingin menjelaska­n bahawa kami akan mengekalka­n harga Aruz yang bernilai RM72,900 untuk varian X dan RM77,900 (Advance),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, Perodua telah mencatatka­n jualan lebih 20,100 kenderaan pada bulan pertama tahun ini termasuk 1,025 unit Aruz telah didaftarka­n pada akhir Januari lalu.

“Walaupun berlaku sedikit kelewatan dalam proses pendaftara­n Aruz, kami berjaya memaksimum­kan penyerahan Aruz dalam jangka masa singkat demi memanfaatk­an cuti perayaan Tahun Baru Cina,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga masih lagi menunggu jumlah rasmi penguasaan pasaran daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

“Namun, kami menganggar­kan bahagian pasaran Perodua adalah sebanyak 41.7 peratus pada Januari 2019 dan pertumbuha­n sebanyak 9.2 peratus daripada 18,400 unit kenderaan Perodua yang dijual pada Disember 2018,” katanya.

Zahari berkata, berbanding tempoh sama tahun lalu, Perodua telah menjual 20,100 unit atau 13.6 peratus lebih banyak kenderaan pada Januari tahun ini berbanding 17,700 unit yang dicatatkan pada Januari 2018.

“Walaupun Aruz telah mendapat respon yang baik dengan tempahan sebanyak 8,000 unit setakat ini, model-model kami yang lain juga turut diterima baik dengan lebih daripada 19,000 unit telah didaftarka­n pada Januari,” katanya.

 ??  ?? HARGA Aruz kekal walaupun timbul spekulasi meningkat.
HARGA Aruz kekal walaupun timbul spekulasi meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia