Harian Metro

Runding cara bayaran balik

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

 PKS hadapi masalah pembiayaan P2P disaran rujuk Funding Societies Malaysia

Kumpulan perusahaan serderhana dan kecil (PKS) yang menjangkak­an kesukaran bagi memenuhi pembayaran balik bagi pembiayaan rakan setara (P2P) dinasihatk­an mendapatka­n khidmat Funding Societies Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Wong Kah Meng berkata, golongan berkenaan boleh bertemu pihaknya bagi membincang­kan tindakan pemulihan berpotensi dalam meminimumk­an ketegangan kerugian kepada pelabur.

Beliau berkata, antara langkah pertama yang dilakukan pihaknya adalah mendekati golongan PKS yang terlepas daripada pembayaran seterusnya memahami situasi itu untuk tindakan lanjut.

“Keutamaan kami untuk seimbangka­n antara minimumkan kerugian kepada pelabur dan sediakan penyelesai­an kepada PKS.

“Dengan insiatif seumpama ini, ia membolehka­n mereka menguruska­n kewangan lebih baik dalam memenuhi kewajipan pembayaran balik pembiayaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kelalaian dan kegagalan dalam perniagaan adalah perkara biasa, khususnya kepada kelompok PKS, sama ada berkaitan penumpuan risiko atau kejutan pasaran sekiranya berlaku kemerosota­n.

Wong berkata, dengan mengambil kira faktor berkenaan, pihaknya bersimpati dengan PKS yang berdepan kesukaran kewangan dan berharap dapat membantu mereka.

“Kami melakukan yang terbaik dengan mencadangk­an alternatif struktur pembayaran balik seterusnya membantu mereka mengharung­i tempoh mencabar ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, bagi PKS yang tidak bekerjasam­a, pihaknya tiada pilihan kecuali mengambil langkah tegas menerusi tindakan undang-undang.

“Ini langkah penting bagi memastikan PKS menyedari kewajipan mereka membuat pembayaran balik tepat pada masa selain melindungi kepentinga­n pelabur,” katanya.

Kegagalan berlaku apabila PKS gagal membuat pembayaran dalam tempoh ditetapkan iaitu antara 60 hingga 90 hari.

Setakat ini ada lebih daripada 20,000 pelabur berdaftar bersama Funding Societies Malaysia dan daripada jumlah itu, 70 peratus daripadany­a golongan milenial yang berminat dengan P2P.

 ?? Wong Kah Meng ?? Kami buat yang terbaik dengan mencadangk­an alternatif struktur pembayaran balik seterusnya membantu mereka mengharung­i tempoh mencabar ini”
Wong Kah Meng Kami buat yang terbaik dengan mencadangk­an alternatif struktur pembayaran balik seterusnya membantu mereka mengharung­i tempoh mencabar ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia