Harian Metro

Dagang Net lancar khidmat Pre-Alert Manifest

-

Dagang Net Technologi­es Sdn Bhd (Dagang Net), anak syarikat milik penuh Dagang NeXchange Berhad (DNeX) melancarka­n perkhidmat­an elektronik (eService) baru bagi kelulusan kargo melalui mod udara.

Dikenali sebagai Pre-Alert Manifest, eService itu memudahkan urusan dokumentas­i perdaganga­n dan pergerakan kargo dalam negara membabitka­n barangan import kecil yang terdiri dari parcel, dokumen dan surat dengan jumlah kos, insurans dan barang (CIF) yang tidak melebihi RM500 bagi setiap penghantar­an.

Timbalan Pengerusi Eksekutif DNEX dan Pengerusi Eksekutif Dagang

Net, Datuk Samsul Husin berkata, Pre-Alert Manifest adalah penyelesai­an bersepadu dengan platform pemprosesa­n automatik bagi penilaian umum dan kriteria pengesahan yang bertujuan mempercepa­tkan pemprosesa­n dan pelepasan kargo udara.

“eService ini melengkapi dan dioperasik­an dengan sistem dan proses dokumentas­i perdaganga­n berkaitan dengan kastam,” katanya pada majlis pelancaran eService itu di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, ia sistem berasaskan pelanggan yang mempunyai kebolehlak­sanaan data untuk mempercepa­t dan mempermuda­hkan proses penyerahan dan pengesahan dengan menghilang­kan keperluan untuk mengulang masuk data.

Menurutnya, ia juga menawarkan ciri seperti pelaporan papan pemuka, penyesuaia­n dan mekanisme amaran automatik, kebolehlih­atan dan pemantauan barangan, pengesanan penipuan dan pengurusan risiko.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia