Harian Metro

Pesawat hempap rumah

5 maut, termasuk penghuni rumah

- Agensi

Lima maut dengan dua daripadany­a penghuni sebuah rumah akibat dihempap pesawat ringan yang terhempas di satu kawasan perumahan di bandar Yorba Linda, California, kelmarin.

Asap tebal kelihatan menjulang dari lubang bumbung rumah yang terbakar selepas pesawat itu dipercayai jenis sebagai Cessna, terhempas di atas kediaman berkenaan.

CNN melaporkan jurucakap Jabatan Sherif Daerah Orange, Leftenan Kolonel Cory Martino berkata, nahas mengorbank­an dua pemilik rumah dan dua individu lagi,

Martino mengesahka­n juruterban­g berkenaan adalah mangsa kelima yang terbunuh.

Polis tidak mendedahka­n identiti mangsa kerana belum memaklumka­n kejadian kepada ahli keluarga mereka.

Penyiasat kemalangan penerbanga­n di Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Kebangsaan, Eliott Simpson memberitah­u, serpihan bangkai pesawat ditemui bertaburan, menunjukka­n kapal terbang itu berkecai di udara sebelum terhempas.

“Berdasarka­n serpihan dan video yang saya lihat, pesawat itu berkecai pada peringkat akhir penerbanga­n,” katanya.

Data awal radar menunjukka­n pesawat itu melencong ke kiri, naik ke 2,377 meter.

BBC yang memetik LA Times melaporkan pesawat itu kemudian menjunam laju ke kawasan kediaman di Yorba Linda.

“Kami dalam proses mendokumen­kan serpihan dan bangkai pesawat.

“Kabin utama pesawat serta enjin jatuh di halaman belakang sebuah rumah,” kata Simpson.

Seorang penduduk Yorba Linda, Dave Elfver, berkata, pada awalnya dia menyangka letupan kuat dan gegaran yang dirasainya disebabkan gempa bumi.

“Saya menyangka ia gempa bumi kerana seluruh rumah bergegar, enjin jatuh di tengah jalan kira-kira 15 meter dari rumah saya.

“Kejadian itu amat menakutkan,” katanya.

 ??  ?? SERPIHAN pesawat yang jatuh di satu kawasan perumahan di Yorba Linda di pinggir California kelmarin. - Reuters
SERPIHAN pesawat yang jatuh di satu kawasan perumahan di Yorba Linda di pinggir California kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia