Harian Metro

Budak lelaki dibelasah, ditanam hidup-hidup

-

Madison (Amerika Syarikat):

Satu pasangan suami isteri dan anak mereka didakwa atas pembunuhan kejam seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang ditumbuk, ditendang dan ditanam hidup-hidup di dalam salji semata-mata kerana tidak menghafal ayat dalam kitab Injil.

Daily Mail melaporkan, Timothy dan Tina Hauschultz bersama anak lelaki mereka berusia 15 tahun didakwa mendera kanak-kanak itu, dikenali sebagai Ethan serta kembarnya selepas mereka diberi hak penjagaan terhadap kedua-dua mangsa.

Newsweek melaporkan, pada April 2018, Ethan dan kembarnya didenda memegang kayu seberat 20 kilogram selama dua jam kerana tidak menghafal ayat dalam kitab Injil.

Tidak cukup dengan itu, anak lelaki pasangan berkenaan turut menendang dan menumbuk Ethan hampir 100 kali. Remaja itu juga menghempap kayu di badan Ethan dan memijak kepala kanak-kanak itu di dalam lopak air.

Menurut laporan Fox News, remaja berkenaan turut menanam hidup-hidup kanak-kanak itu di dalam salji.

Ethan dilaporkan tidak sedarkan diri selepas kejadian berkenaan dan pasukan perubatan yang dipanggil gagal menyelamat­kan mangsa.

Laporan perubatan mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat hipotermia dan kecederaan dipukul di kepala, perut, dada dan patah tulang rusuk.

Tidak diketahui apakah hubungan antara pasangan itu dengan Ethan, tetapi Timothy dan Tina dilantik mahkamah sebagai penjaga kanak-kanak itu dan kembarnya.

 ?? - Agensi ?? ETHAN didera hingga mati kerana tidak hafal ayat kitab Injil.
- Agensi ETHAN didera hingga mati kerana tidak hafal ayat kitab Injil.
 ??  ?? TINA
TINA
 ??  ?? TIMOTHY Hauschultz
TIMOTHY Hauschultz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia