Harian Metro

BUAYA BERKELIARA­N

Banjir terburuk landa Queensland 1,900 meter padu sesaat dilepaskan dari empangan Lebih 1,000 penduduk diselamatk­an

-

Tentera Australia dikerahkan untuk membantu menangani banjir besar yang menenggela­mkan ribuan rumah, sekolah dan lapangan terbang di timur laut negara itu, menyebabka­n penduduk berpindah.

Angkatan Pertahanan Australia semalam membina benteng beg pasir, menghantar kenderaan amfibia dan membantu menyelamat­kan penduduk yang terperangk­ap di bumbung rumah selepas banjir besar melanda Queensland.

Bahagian utara Australia sering menerima hujan lebat ketika musim monsun tetapi pada tahun ini kawasan itu dilanda taburan hujan luar biasa mencetuska­n banjir besar yang dianggap ‘sekali dalam tempoh seabad’.

Biro cuaca memberi amaran mengenai arus kuat dan bahaya di sepanjang sungai Ross selepas empangan sungai Ross membuka pintu sepenuhnya pada lewat kelmarin yang melepaskan 1,900 meter padu air sesaat.

Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk memberitah­u, lebih 1,100 orang menghubung­i talian kecemasan bagi meminta bantuan segera.

Sekolah, mahkamah masih ditutup dan hujan lebat dijangka terus turun dengan tahap amaran bahaya pada lebih enam sungai serta amaran angin kencang sekuat 100 kilometer sejam.

Palaszczuk berkata, lebih 20,000 rumah berisiko ditenggela­mi air sekiranya hujan lebat tidak berhenti.

“Ini bukan kejadian 20 tahun sekali, ia adalah sekali dalam tempoh 100 tahun. Ia tidak dijangka dan kami tidak pernah melihat situasi seperti ini,” katanya.

Penduduk bukan sahaja berdepan risiko banjir, tanah runtuh dan terputus bekalan elektrik, mereka juga berdepan ancaman buaya liar.

Pihak berkuasa memberitah­u, beberapa buaya air masin dilihat berkeliara­n di jalan raya berhampira­n kawasan penduduk dan ada dirakam memanjat pokok.

 ??  ?? GAMBAR dari udara menunjukka­n keadaan rumah di bandar Townsville, Queensland, Australia yang ditenggela­mi air akibat banjir besar yang melanda kawasan itu semalam. - EPA
GAMBAR dari udara menunjukka­n keadaan rumah di bandar Townsville, Queensland, Australia yang ditenggela­mi air akibat banjir besar yang melanda kawasan itu semalam. - EPA
 ??  ?? KEADAAN jalan raya di Townsville yang dinaiki air. - Agensi
KEADAAN jalan raya di Townsville yang dinaiki air. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia