Harian Metro

Tiada bukti pasangan Indonesia bom gereja

-

Jakarta: Indonesia menegaskan dakwaan Filipina bahawa pasangan dari Indonesia bertanggun­gjawab melakukan serangan bom terhadap gereja di Jolo pada 27 Januari, adalah dakwaan sebelah pihak dan tiada bukti menyokongn­ya.

Jakarta Post melaporkan, Menteri Hal Ehwal Politik, Perundanga­n dan Keselamata­n, Wiranto berkata, usaha mengesahka­n dakwaan itu sedang dilakukan oleh agensi keselamata­n Indonesia dan kementeria­n luar.

“Siasatan sedang dilakukan dan ada banyak kemungkina­n. Jangan terburu-buru menyatakan rakyat Indonesia melakukan serangan itu,” katanya.

AFP melaporkan, Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Eduardo Ano, berkata, berdasarka­n maklumat diperoleh dari sumber tidak dinyatakan­nya serta saksi, beliau yakin pasangan suami isteri terbabit melakukan serangan bom nekad terhadap gereja di Jolo, Mindanao.

“Mereka rakyat Indonesia. Saya yakin mereka rakyat Indonesia,” katanya kepada CNN Filipina.

Menurutnya, pasangan itu menerima bantuan daripada

Daish yang mengaku melakukan serangan terbabit.

Sekurang-kurangnya 22 terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam serangan itu.

Ano juga mendakwa ada pengganas asing masih beroperasi Filipina, termasuk dari Yaman dan Mesir.

Sementara itu, Jakarta Post juga melaporkan penganalis­is sangsi dengan dakwaan Filipina itu kerana tiada bukti kukuh.

Pengarah Institut Dasar Analisis Konflik (IPAC) di Jakarta, Sidney Jones, berkata Manila sendiri masih tidak pasti mengenai identiti penyerang. - Agensi

 ??  ?? TENTERA Filipina memeriksa keadaan dalam gereja di Jolo selepas serangan bom membunuh lebuh 20 orang pada 27 Januari lalu. - Tentera Filipina via Reuters
TENTERA Filipina memeriksa keadaan dalam gereja di Jolo selepas serangan bom membunuh lebuh 20 orang pada 27 Januari lalu. - Tentera Filipina via Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia