Harian Metro

Terdedah ilmu baharu

- DARI MUKA 38

Irma kagum dengan kesabaran kakitangan IRM ketika laksana misi kemanusiaa­n

Berkongsi pengalaman­nya selama menyertai IRM, Irma berkata, dia pernah terbabit dalam program bersama kanakkanak orang kurang upaya (OKU), rumah jagaan pesakit AIDS, rumah orang tua, anak asnaf dan rumah anak yatim.

Perkara itu dilakukan bagi menghebahk­an bantuan projek binaan telaga air di Somalia, program ‘charity shoppe’ apabila pihaknya menerima dan kemudian menjual barangan ‘preloved’ dan hasil jualan akan terus disalurkan ke tabung dana IRM.

“Untuk program luar negara, tahun lalu saya ke Marawi, Filipina. Saya berpeluang masuk ke kawasan ‘ground zero’ di kawasan Marawi City yang musnah teruk dan digelar Asia Gaza City.

“Saya juga berpeluang menemui mangsa di kem sementara mereka,” katanya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai peranannya selepas menjadi ikon IRM, Irma berkata, ia masih sama ketika awal pembabitan­nya.

Bezanya kali ini, banyak perkara yang didedahkan dengan ilmu baru termasuk pengenalan Islamic Relief, perkongsia­n aktiviti setiap bahagian

IRM serta apa yang boleh dilakukan serta dilarang dalam perspektif kemanusiaa­n.

“Banyak perkara baru dapat saya pelajari. Kami diberikan taklimat secara langsung daripada Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshah­fuddin Zainal Abidin dan barisan kakitangan IRM mewakili setiap bahagian.

“Kami sangat kagum dengan IRM terutama kesabaran mereka bekerja. Itulah yang kami nak belajar sebenarnya.

“Kami baru bertatih dalam dunia kemanusiaa­n. Saya meletakkan diri sebagai orang yang baru dalam IRM. Jadi, saya berharap terus diberikan bimbingan oleh IRM,” katanya.

-Syanty Octavia Amry

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia